ATAS dasar keprihatinan kepada penggiat seni muzik, IRAMA seperti biasa terpanggil untuk melakukan sesuatu apabila terdapat kalangan penggiat yang mendapat musibah yang telah bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada Mac 2020. Beberapa artis dan penggiat seni muzik telah dibantu serba sedikit hasil sumbangan rakan-rakan industri dan pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama FINAS. : KitaReporters
Kredit foto: Ihsan IRAMA
Lagi kisah-kisah berkaitan IRAMA:
https://kitareporters.com/search?search=konsortium+industri+rakaman
Kali ini sosok penulis lirik yang suatu ketika amat popular (sehingga kini pun masih popular!) dengan lirik ciptaan beliau bertajuk Isabella yang dinyanyikan oleh kumpulan Search, diikuti pula beberapa artis lain sehinggalah popular di negara jiran iaitu Indonesia suatu ketika dulu.
Sejak terdengar berita musibah yang melanda Bob Lokman yang memerlukan bantuan untuk kos rawatan pembedahan jantungnya, IRAMA atau Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia dengan persetujuan Bob, terus memulakan kempen Tabung Bantuan Bob Lokman bagi mengutip derma dalam kalangan rakan-rakan rapat dengan tagline #KitaJagaKita yang buat di dalam group WhatsApp Forum Muzik di mana group ini diuruskan oleh Presiden IRAMA sendiri, Ayob Abd. Majid.
Dalam satu kenyataan media pada 15 Disember 2020, IRAMA menyebut, selanjutnya program kutipan bantuan ini digerakkan secara rasmi pada 4 Disember 2020 bagi menjemput khususnya peminat muzik tempatan yang ingin membuat sumbangan berkolaborasi bersama stesyen radio online yang popular iaitu Bapakku FM yang dimiliki dan diuruskan oleh DJ rock popular iaitu Isma Halil Hamzah.
Antara yang telah turun membantu membantu persembahan ‘live streaming’ adalah Dato’ Hattan, Aris Ariwatan, Datin Ramziela, Amir UKs dan ramai lagi. Pemuzik dan penyanyi busker yang popular iaitu Bob Sentuhan turut terpanggil bagi membantu rakan industri dengan bersetuju mengiringi persembahan ‘live’ ini membantu rakan industri.
Program bantuan ini akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Disember 2020 ini di mana Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke konti Bapakku FM dengan diiringi oleh Dato’ M. Nasir.
Program ini dijangkakan bermula jam 9 malam, menurut kenyataan media itu lagi.
Dijadualkan juga pada 24 Disember 2020 ini akan diadakan acara Mawlid 4 The Love yang dianjurkan oleh IRAMA dengan kerjasama Bapakku FM dan portal streaming Muslim iaitu Islamictunes.net.
Antara pengisian acara yang akan bermula dari jam 9 malam ini adalah tausiyah oleh dai popular dan persembahan mawlid daripada kumpulan nasyid Hufaz.
Pada 26 Disember pula IRAMA akan berkampung bersama artis-artis anak Johor di Warisan@7 JB beralamat di Jalan Petri, Kg. Tarum, Johor Baru yang ingin bersama membantu Bob Lokman dalam membuat kutipan tabung ini.
Seterusnya program Tabung Bantuan Bob Lokman ini dijangka akan membuat majlis penutup di negeri kelahiran Bob Lokman pada 29 Januari 2021 di DCZ Seaview Kota Bharu bersama artis anak-anak Kelantan di mana ia merupakan acara usaha sama antara IRAMA dan EHFC Eddie Hamid Fans Club.
Turut hadir adalah Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob yang melawat Bob Lokman di rumahnya.
Ziarah turut disertai Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid
Bagi membantu seberapa cepat yang boleh, IRAMA telah mengaturkan pertemuan ziarah ke rumah Bob Lokman, 56, yang telah selamat menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung, Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada 2 Disember 2020 bagi menyerahkan sumbangan awal yang telah terkumpul bagi meringankan beban semasa Bob yang memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk rawatan susulan.
Ziarah ini juga turut disertai Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid yang sememangnya telah memulakan kempen Tabung Prihatin untuk menyampaikan bantuan kepada penggiat seni termasuk seni muzik bagi meringankan beban kesusahan.
Turut diziarah adalah penyanyi lama yang popular suatu ketika dahulu iaitu Rosemaria dan beberapa penggiat lainnya. Antara yang turut hadir adalah Eddie Hamid dan setiausaha IRAMA Sham Hussin. - KitaReporters