Insan & Komuniti 03 Aug, 2020

Ibu, berhentilah berlakon! Anak Fasha kesian tengok ibunya!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

BIARPUN umur masih 7 tahun tetapi anak sulung Fasha Sandha boleh dikatakan sudah boleh fikir secara matang apabila timbul perasaan kasihan terhadap ibunya sehingga membuat permintaan terhadap ibunya supaya berhenti dari berlakon.

Fuhhh, bukan biasa-biasa tu apabila anak sudah mula mintak ibu berhenti berlakon itu mesti ada sebab. : KitaReporters

Kredit foto: IG Fashasandha


Lagi cerita-cerita mengenai pelakon-pelakon:

https://kitareporters.com/search?search=pelakon


Mungkin anaknya mula rasa kesunyian dan tak sanggup tengok ibunya berpenat lelah dalam bidang ini. Apatah lagi ibunya itu kini sedang sarat mengandung.

@fashasandha : Kisah beberapa hari lalu, ..Sebenarnya keluarkan handphone untuk nak ambik gambar food 😅

Tiba ada beberapa orang datang kemeja untuk ambik gambar dengan ibu, lepas dah ambik gambar,

Tiba2 anak sulung ibu ni luah perasaan dia , suruh kita stop acting sebab kesian ibu selalu kena berdiri untuk ambik gambar di meja makan 😂

Rupanya dah lama dia dah simpan perasaan ni, baru nak luahkan.

Acting is my passion sayang. Setelah hampir 9 bulan berehat dari set pengambaran, adakalanya rindu nak masuk set balik sayang. Anak yang suruh berhenti berlakon. Camana ni?

Anak ibu baru 7 tahun dah pandai kesiankan ibu 🤰 kena berdiri. I love you anakku. Video ni kenangan untuk sayang. - Kredit video: IG Fashasandha


Kita tahu nama Fasha dalam industri seni di Malaysia memang besar. Ramai mengenali beliau.

Maka tidak hairanlah kalau peminat terserempak dengan beliau lalu ingin bergambar dengannya.



Anaknya itu rasa kasihan sebab melihat ibu yang mengandung perlu berdiri setiap kali nak bergambar dengan para peminat terutama ketika berada di meja makan. 

Sebab ini juga anak Fasha mula meluah apa yang terbeku di hati selama nie.

Tapi kan, apa yang menarik perhatian adalah interaksi antara anak dan ibu ini dalam bahasa Inggeris.

Mungkin normal bagi sesetengah masyarakat. Tapi dari sudut positif sudah pasti ia perkembangan yang sangat baik untuk anak ini.

Ini antara komen daripada peminat Fasha Sandha. 




0
0
2
0
0
You will be interested