Insan & Komuniti 14 Jun, 2021

Gara-gara curi ikan tenggiri 20kg, 2 rakan dibelasah! Bakal berdepan hukuman penjara 5 tahun!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

IKAN tenggiri seberat 20 kilogram yang dicuri oleh dua rakan karib di Pasar Buah di Kacamatan Ilir Timur 1, Palembang, Sumatera pada 10 Jun 2021. - Kredit foto: Kompas.com


GARA-GARA mencuri ikan tenggiri seberat 20 kilogram berharga Rp1.4 juta (kira-kira RM400) dua lelaki yang merupakan rakan karib bukan sahaja berdepan hukuman penjara selama lima tahun malah mereka dibelasah oleh orang ramai di Pasar Buah di Palembang, Sumatera Selatan pada Khamis, 10 Jun 2021 lalu. 

Dalam kejadian yang  berlaku pada kira-kira pukul 5 pagi, kedua-dua lelaki terbabit yang dikenali sebagai Indra ,40, dan Rudi, 42, dikatakan mencuri ikan tenggiri di pasar tersebut yang terletak di Jalan Rustam Effanddi 17, Ilir, Kacamatan Ilir Timur 1 di Palembang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jenayah mencuri

SEORANG suspek yang mendapat luka di kepalanya dibawa ke Balai Polis Palembang untuk disoal siasat. - Kredit foto: Mattanews.co 


Rudi yang berasal di Kelurahan 24, Ilir, Kota Palembang manakala Indra pula tinggal di Jalan Lautan, Kota Palembang.

Mereka cuba mencuri ikan berkenaan ketika pemilik ikan tersebut sedang memilih ikan-ikan lain yang dikumpulkan di satu tempat untuk dijual kepada pemborong  yang menjual ikan di pasar buah itu.  

Bagaimanapun nasib dua rakan itu amat malang kerana perbuatan mereka telah disedari pemilik ikan terbabit menyebabkan mangsa menghubungi rakan-rakannya yang datang ke lokasi itu untuk membelasah Indra serta Rudi.


TONG ikan tenggiri dan sebuah motosikal yang diambil daripada dua suspek terbabit dalam kes kecurian. - Kredit foto: Tribunnews.com 



Tribunnews.com pada 10 Jun 2021 lalu dipetik berkata, kedua-dua suspek terbabit mendapat luka pada kepalanya akibat dipukul oleh orang ramai yang berada di pasar buah itu.

Kekecohan kejadian pagi itu dapat ditenteramkan oleh anggota polis yang tiba di pasar buah itu sebaik sahaja pihak polis menerima laporan mengenai kecurian ikan tenggiri berkenaan.


SALAH seorang suspek sedang di rawat di klinik kesihatan Palembang. - Kredit foto: Kompas.com 


Kedua-dua suspek terbabit mengaku mereka terpaksa melakukan pekerjaan mencuri ikan kerana tiada pekerjaan lain yang dapat dilakukan apatah ketika ini pandamik Covid-19  sedang melanda di negara itu sememangnya begitu sulit untuk mencari pekerjaan lain.

Mereka juga mengaku bahawa sudah beberapa kali mereka mencuri ikan di pasar buah itu untuk dijual kepada orang lain.

Menurut laporan itu, segala hasil jualan ikan curi itu dibuat perbelanjaan dirinya dan keluarga mereka. 


 Kredit Foto : Kompas.com 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Palembang, Kompol Tri Wahyudi berkata, dua lelaki tersebut ditangkap oleh polis iaitu sejam selepas kejadian itu oleh Unit Kenderaan Bermotor (Unit Ranmor) dari Balai Polisnya yang sedang meronda berhampiran dengan kawasan berkenaan.

Beliau berkata, selepas dua suspek ditangkap, mereka dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapat rawatan luka di kepala akibat dipukul oleh orang ramai.

Menurutnya, suspek menggunakan sebuah motosikal untuk membawa ikan yang dicuri itu disimpan di suatu tempat sebelum dijual kepada orang ramai.

``Berikutan dengan kejadian itu, polis telah merampas tong ikan tenggiri itu seberat 20 kilogram dan sebuah motosikal suspek sebagai bahan bukti,’’ katanya.

Indra dan Rudi akan didakwa di bawah pasal 363 KUHP yang membawa hukuman penjara lima tahun. - KitaReporters


3
6
4
1
1
You will be interested