Insan & Komuniti 26 Mar, 2020

SUMBANG KEPADA PETUGAS COVID-19 - ZARA ZYA

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
DUA selebriti, pelakon serta penyanyi  Zara Zya, dan penyanyi serta komposer, Ippo Hafiz melancarkan kempen menderma sekurang-kurangnya seringgit bagi membantu petugas dan sukarelawan yang bertugas membantu mengatasi wabak dan penularan penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19). : KitaReporters

Kempen bersama @zarazya @ippohafiz membantu petugas & sukarelawan yang berjuang dalam Misi Prihatin COVID-19 dengan sumbangan serendah RM1.


Zara merupakan ikon projek Zara Prihatin (#zaraprihatin)

Projek ini di bawah naungan Pertubuhan Prihatin Tanpa Sempadan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Briged Kesenian APM.


“Doktor, jururawat, petugas dan sukarelawan menjadi wira serta wirawati dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia pada saat seluruh dunia berdepan dengan penularan Covid-19.

“Saya mohon masyarakat menyalurkan sumbangan serendah RM1 bagi membantu menyediakan barang keperluan asas seperti topeng muka, cecair pembasmi kuman dan makanan.

“Kita memerlukan kepakaran dan bantuan mereka pada saat kita bergelut dalam memastikan COVID-19 terhenti dengan segera,” Zara Zya berkata demikian dalam instagram @zarazyaprihatin dan @zarazya.

Orang ramai boleh menyampaikan sumbangan dengan menghubungi Pertubuhan Prihatin Tanpa Sempadan melalui talian 019 303030 atau IG @prihatin4u. Juga melalui IG @ zarazyaprihatin atau @ zarazya. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested