Insan & Komuniti 15 Mar, 2022

Video| Hebat anak jati Terengganu ini! Imam Masjid Stevenage di England! Masjid mazhab Syafie!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Kredit foto: FB Ustaz Ahmad Farkhan Daie


KEHEBATAN Terengganu melahirkan para ilmuwan dan tokoh agama sememangnya diakui dan diiktiraf sejak dahulu lagi malah nama-nama tersohor bukan sahaja di negeri sendiri tetapi ada yang mencipta nama di persada dunia.

Seorang anak jati Negeri Terengganu, Abdul Muhaimin yang dilantik bertugas sebagai Imam Besar di Masjid Stevenage, Hertfordshire di England, kini menjadi topik hangat dalam kalangan penduduk negeri itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pendakwah


Abdul Muhaimin (kiri) bersama Ustaz Ahmad Farkhan Daie


Maulana Abdul Muhaimin yang menamatkan pengajian dalam bidang hadis di Kolej Jaami'ah Darul Uloom Newcastle di Afrika Selatan berhasrat untuk menetap di England serta mengambil peluang berdakwah di Eropah. 

Abdul Muhaimin anak kelahiran dari Manir, Kuala Nerus merupakan seorang penghafal al-Quran (hafiz) dan amat mesra dengan para jemaah di sana. 

Menurut satu kenyataan, dia telah berjaya menarik ramai komuniti sekitar memeluk Islam dengan penuh hikmah serta membimbing mereka mendalami agama dengan baik

Lebih istimewa dia mengekalkan bawaan Mazhab Syafie atas permintaan pengurusan masjid berbanding Mazhab Hanafi di kebanyakan masjid yang menjadi amalan di England.

“Alhamdulillah Di Stevenage, England, kami bertemu anak Malaysia Terengganu yang berkhidmat menjadi Imam Besar di Masjid Stevenage yang sedang diubah suai 4 tingkat,” kata seorang rakannya yang dikenali sebagai Ustaz Ahmad Farkhan Daie.



"Masya-Allah, Maulana Abd Muhaimin anak jati manir, Terengganu lepasan Pengajian Hadis Kolej Darul Uloom Newcastle South Afrika. Masya-Allah. Seorang yang sangat ingat hafalan Quran. Setiap hari lapangkan masa mendekati umat di sini (England) dengan hikmah berdakwah. Berpengalaman keluar dakwah tertib ulama satu tahun," tulis Ustaz Ahmad Farkhan,

Menurutnya, ramai yang telah memeluk Islam atas usaha dakwah beliau.

Selain itu, katanya, setiap hari di masjid akan diadakan pengajian al-Quran harian untuk anak-anak kariah.

“Pengajian khas asas fardhu ain khas untuk mualaf yg baru masuk Islam. Dan pengajian umum untuk semua. 

"Masya-Allah, selepas asar beliau akan baca taklim hadis harian umum untuk semua jemaah. Selepas isyak, setiap hari bacaan Kitab Hayatus Sahabah.

"Masjidnya sangat aktif dan subur dengan dakwah,” jelas beliau lagi.




Menurut Ustaz Ahmad Farkhan, satu kelainan dan unik ialah di seluruh United Kingdom kebanyakan masjid ialah mazhab Hanafi, namun Masjid Stevenage pimpinan Maulana Abd Muhaimin ini bermazhab Syafie kerana pihak pengurusan meminta beliau membawa mazhab Syafie.

"Di masjid beliau tiada bacaan pendek. Memang jemaah suka bacaan panjang kerana imamnya bacaan seperti di Masjidil Haram," ujarnya.

"Kalau jadi imam di sini , baca juzuz Amma atau Al Mulk kira memang bacaan pendeklah. Kadangkala 2 atau 3 helai bacaan. Masya-Allah, bangga dapat bertemu dan berkenalan dengan anak Melayu yang hebat di perantauan ini.

“Kita tahu universiti Cambridge je.. Tapi sebenarnya masjid tercantik juga ialah Masjid Besar Cambridge. Masya-Allah. Memang sangat cantik siap dengan Maktabah Kitab di pintu masuk.

"Islam semakin subur di bumi England. Semoga Allah jadikan kita asbab hidayat dan manfaat kebaikan untuk seluruh umat,” tambah Ustaz Ahmad Farkhan dalam hantaran dalam media sosialnya. - KitaReporters



 

 

17
13
1
12
0
You will be interested