Kisah Insan 07 May, 2022

Inilah rezeki! Wanita ada masalah unik miliki dua rahim! Tapi selamat lahirkan bayi secara normal!

@zuhayati yazid
Memulakan kerjaya sebagai wartawan sejak 2007 dan masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


REZEKI itu milik Allah jika kita usaha tetapi kalau tidak diizinkan pasti tidak menjadi… begitulah ketentuan Allah. 

Begitu juga rezeki memiliki cahaya mata, walaupun disahkan sukar memiliki anak namun ketentuan Allah mengatasi segalanya.

Kejadian yang berlaku kepada seorang wanita di Alaska, Amerika Syarikat (AS) yang disahkan masalah unik apabila memiliki dua rahim tetapi dia berjaya melahirkan bayi perempuan comel.

Lebih mengujakan kelahiran tersebut melalui proses semula jadi.



Terdahulu, ibu bayi itu, Stephanie Haxton yang mengalami masalah uterus didelphys tersebut dimaklumkan oleh doktor bahawa dia sukar memiliki anak sendiri berikutan dirinya yang mempunyai dua rahim, sekali gus menyebabkan risiko tinggi untuk mengandung dan berdepan keguguran.

Namun siapalah kita untuk mengatasi kuasa Maha Esa!

Malah menjadi rutin kepada Haxton untuk menjalani pemeriksaan rutin ginekologi di hospital sejak enam tahun lalu.

Wanita berusia 29 tahun mengakui langsung tidak menyimpan harapan tinggi untuk memiliki anak selepas dirinya disahkan dengan masalah tersebut.



Malah ketika dirinya disahkan mengandung dan doktor menyifatkan kandungan berkenaan sebagai berisiko tinggi dan perlu bersedia untuk mengalami keguguran pada bila-bila masa sahaja.

“Keadaan itu menyebabkan saya langsung tidak menyimpan harapan tinggi dan langsung tidak membuat pemeriksaan ultra bunyi seperti ibu hamil yang lain,” ujarnya yang tidak menyangka akhirnya dirinya mampu bergelar seorang ibu.

Malah wanita hebat itu turut diberitahu doktor bahawa dirinya agak sukar mengandung berikutan rahimnya terlalu kecil.

“Semua itu membuatkan saya bersedia untuk mengalami keguguran bila-bila masa," kongsi Haxton.

Namun siapa sangka bayinya mampu membesar dengan sempurna walaupun berada pada bahagian kiri perutnya sehingga tamat tempoh kehamilan tersebut.

Malah melucukan lagi apabila pasukan doktor yang merawatnya melahirkan kebimbangan bayi tersebut tidak berpusing apabila saiz semakin membesar.

Namun Haxton akhirnya selamat melalui proses kelahiran secara normal dalam usia kandungan 41 minggu. - KitaReporters


11
11
0
18
0
You will be interested

Boleh edit gambar baby baring dekat saya? Permintaan wanita ini undang sebak! Tunggu anak 10 tahun!

Permintaan seorang wanita untuk disuntingkan gambar bayi atas ribanya setelah 10 tahun tunggu anak dalam halaman laman media sosial Facebook undang rasa sebak

Fitri Hazim in Kisah Insan 2 days ago

Video| Pesanan terakhir Bob Lokman! Taubatlah dahulu sebelum kita mati! Insya-Allah mati dalam insaf!

Bertaubatlah dahulu sebelum kita mati. Pasal yang kita hidup dahulu Allah tak ambil kira kalau kita taubat dan jadi manusia yang baik di sini Allah - Bob Lokman
Jamliah Abdullah in Kisah Insan 1 day ago

Video| Sahabat dunia akhirat, susah nak jumpa! Seorang bapa dipimpin rakan setiap hari ke masjid!

Seorang wanita berkongsi video tunjukkan bapanya yang penglihatan kurang jelas dipimpin seorang rakan untuk ditemani ke masjid dengan berjalan kaki setiap hari
Fitri Hazim in Kisah Insan 1 day ago

Kupu-kupu malam menangis, rindu kepada Allah! Ebit Lew berdakwah di kelab malam! Bagi jubah, tudung!

Ustaz Ebit Lew kongsi pengalamannya jumpa beberapa wanita yang menjadi wanita malam, ada terdiri beragama Islam dan bukan Islam di sebuah kelab malam di Jakarta
Adnan Mohamad in Kisah Insan 1 day ago

Video| Al-Fatihah! Perginya insan berbakat besar! Dengar lagu Isabella pasti teringat Bob Lokman!

Bob Lokman pernah berlakon, berlawak dan pernah jadi juri program Raja Lawak, namun namanya lebih dikenali sebagai penulis lirik berwibawa seperti lagu Isabella
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 1 day ago