Insan & Komuniti 19 Mar, 2021

Tolong kami! Bantu Nurhidayah Syahirah cari bapa kandung jadi walinya! Mungkin berada di Johor

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

NURHIDAYAH Syahirah Radin Abdul Rahim memegang borang perkahwinannya. - Kredit foto: Sinar Hari


SEORANG gadis yang diserahkan oleh kedua-dua ibu bapanya kepada keluarga angkat semasa dia berumur 5 hari selepas dilahirkan kini sedang mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali penikahannya yang akan diadakan pada penghujung bulan Mac 2021. 

Gadis berkenaan, Nurhidayah Syahirah Radin Abdul Rahim, 21, percaya bapanya ketika ini tinggal di sekitar negeri Johor berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada keluarga angkatnya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan anak angkat:

https://kitareporters.com/search?search=anak+angkat


Kredit foto: FB Syahirah Lerah


Nurhidayah Syahirah Radin yang tinggal di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu berkata sehingga sekarang dia tidak pernah berjumpa serta mengenali kedua-dua ibu bapanya. 

Ini kerana selepas lima hari Nurhidayah Syahirah dilahirkan bapanya, Abdul Rahim serta ibu kandung, Rosnani Mat Ali memberi anaknya itu kepada bapa angkatnya, Radin Ikon serta ibu angkatnya, Hamidah Besar

``Ketika itu saya masih bayi lagi, saya tidak tahu apa-apa lagi dan sewaktu itu, saya fikir bapa angkat (Radin) itu yang memelihara saya adalah bapa saya. 

``Tetapi apabila saya besar barulah saya mengetahui keadaan sebenar bahawa Radin dan Hamidah itu adalah ibu bapa angkat saya disebabkan nama saya binti Abdul Rahim,’’ katanya Rabu, 17 Mac 2021.


NURHIDAYAH  Syahirah yang bakal menlangsungkan perkahwinannya pada akhir Mac 2021. - Kredit foto: FB Syahirah Lerah


Nurhidayah Syahirah berkata sebaik sahaja ibu bapanya menyerahkan kepada keluarga angkat itu sehingga kini Abdul Rahim serta isterinya tidak pernah menjenguk dia dan ia apatah lagi kedua-dua pihak terputus hubungan sejak dari dulu lagi.

``Namun saya percaya berdasarkan maklumat awal, bapa kandung saya tinggal di Johor tetapi tidak diketahui di daerah mana kedua-dua ibu bapa saya berada. 

``Saya amat buntu untuk mengesan kedua-dua orang tua saya walaupun sebelum ini pelbagai usaha saya lakukan kerana tidak lama lagi saya akan berkahwin,’’ ujarnya. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat serta mengenali bapanya, Abdul Rahim dan ibunya, Rosnani itu bolehlah menghubungi Nurhidayah Syahirah melalui talian 014-2117028. - KitaReporters

 

3
3
15
1
2
You will be interested