Insan & Komuniti 20 Feb, 2021

Diana umum mengandung Harry pada 14 Feb! Harry umum bakal timang anak kedua pada 14 Feb juga!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

CINTA yang bersemi Harry-Meghan terus mekar dengan kelahiran zuriat baru. - Kredit foto: Instagram Meghan Markle


HARI Kekasih 2021 menjadi momen gembira untuk setiap pasangan bercinta dan dan akan diingati sebagai tarikh dua kali sejarah tercipta bagi pasangan Putera Harry dan Meghan Markle bila mereka mengumumkan akan menimang cahaya mata kedua, pada usia anakanda sulung mereka mencecah usia 19 bulan. 

Sejarah kedua ialah pada tarikh yang sama berulang bila 37 tahun lalu, ibu bapa putera itu, mendiang Puteri Diana dan Putera Charles mengumumkan tidak sabar menunggu kelahiran Harry.

Pasangan Megxit itu kemudian berkongsi gambar hitam putih mempamerkan kandungan Meghan yang memang nampak terserlah.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Putera Harry:

https://kitareporters.com/search?search=Putera+Harry



Pada 13 Februari 1984, Istana Buckingham mengumumkan Putera Charles dan Puteri Diana akan menyambut anak kedua mereka dan kemudian menjadi berita utama di akhbar perdana di negara itu,  sebagai hadiah sambutan Hari Kekasih. 

Akhbar Daily umpamanya pada 14 Februari 1984 itu, tertera tajuk "Putera Charles dan Puteri Diana dijangka menimang cahaya mata kedua, tidak lama lagi,"



Kisah kelahiran Harry juga menjadi tumpuan berita pada hari Valentine 1984.


Jurucakap Duke dan Duchess of Sussex itu mengesahkan kepada agensi berita CNN yang membuat laporan berita pada 15 Februari 2021, Meghan sedang hamil anak kedua. Anakanda Archie kini berusia 19 bulan.

"Kami mengesahkan Archie akan mendapat adik. Putera Harry dan Meghan sangat gembira menunggu kedatangan anak mereka yang kedua," kata jurucakap pasangan itu.

Jurucakap itu juga memberitahu pasangan Megxit itu sudahpun memaklumkan kepada keluarga tentang kehamilan, sebelum berita itu tersebar pada Hari Kekasih, Ahad 14 Februari 2021 itu.




Harry dan Meghan tersenyum gembira ketika membuat pengumuman itu dan gambar mesra mereka dirakamkan di dalam iPad oleh teman rapatnya yang juga jurugambar Misan Harriman. 

Dalam gambar itu, pasangan itu saling membalas senyuman ketika duduk atas rumput dengan Meghan memangku kepalanya di paha Harry sambil perut Meghan yang sedang membesar itu terserlah.

Sementara itu, jurucakap Istana Buckhingham memberitahu CNN, Ratu Elizabeth, Putera Philip, Putera Charles dan semua kerabat diraja sangat gembira mendengar berita itu sambil mengucapkan tahniah.

Pada Disember 2020, Harry dan Meghan mengedarkan kad Krismas keluarga memaparkan wajah Archie sebagai penampilan pertama. Wajah itu dihasilkan dalam bentuk ilustrasi adalah yang pertama sejak kelahirannya pada Mei 2019.



Akan datang dan sudah dilahirkan. Kanan, Archie. - Kredit foto: Imej Mirror


Sebelum ini Harry dan Meghan sangat melindungi kehidupan peribadi anakandanya dan pernah mengemukakan saman kepada paparazzi yang menyiarkan gambar putera kecil. Sebelum itu, Meghan juga dikatakan keguguran sebelum hamil anak yang sepatutnya dah jadi orang`ketiga` ini.

Pasangan itu memohon tempoh percubaan setahun, melepaskan gelaran kerabat Diraja British untuk berdikari sebagai rakyat biasa. Mereka kemudian berpindah ke Kanada dan kini dilaporkan bermaustatin di Santa Barbara, California, Amerika Syarikat sejak Julai 2020 lalu.  Tempoh itu dijangka berakhir Mac 2021 ini.

Bagaimanapun ada ura-ura tentang bantahan warga negara itu yang mahu gelaran itu dihapuskan terus dan mahu Harry dan Meghan serta anaknya terus dilupuskan hak keistimewaan diraja kerana mereka marah kerana mereka dikatakan `melebih-lebihkan` kedudukan di Amerika Syarikat sehingga sesetengah pihak percaya Harry akan memohon kerakyatan negara Uncle Sam itu. - KitaReporters


1
1
0
0
0
You will be interested