Insan & Komuniti 02 Nov, 2021

Video| Sudah tak sehaluan! Suami runtuh rumah di atas tanah isteri! Kerana tak dapat ganti rugi!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Jengkaut meruntuhkan rumah di tanah si iseri kerana tiada lagi persefahaman. - Kredit foto: Surya.com

SEORANG suami yang geram dan marah kerana gagal memujuk isterinya kembali hidup aman damai mengambil langkah mengejutkan yang merugikan dirinya sendiri. 

Dia menyewa sebuah jengkaut (ekskavator) dan bertindak menghancurkan rumah yang dibinanya di atas tanah milik isterinya

Tindakannya menghancurkan rumahya itu dilakukan setelah mediasi yang dilaku oleh penduduk kampung tidak berhasil dan menemui jalan buntu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan isu perebutan



Si isteri enggan memberi ganti rugi terhadap rumah itu kerana ia dibina atas tanah miliknya

Kerana tidak mendapatkan ganti rugi, si suami berfikir alang-alang rugi biar hilang kesemuanya. Dia lalu mengambil keputusan menghancur rumah yang dibina dengan jentera berat.

Video pembongkaran rumah menggunakan alat berat di Desa Pule, Kecamatan Pule, Trenggalek, Jawa Timur itu tular dalam media sosial.



Dalam video itu terlihat jengkaut merobohkan seluruh rumah, mulai dari dinding hingga ke atap.

Ketua Desa Pule, Purwadi mengatakan hubungan rumah tangga pasangan suami isteri itu sudah tidak harmoni sejak beberapa waktu.

Video tular itu dirakam oleh pemilik akaun tiktok @rismakurnia66 pada Sabtu, 23 Oktober 2021.

Menurut Purwadi, rumah yang diperbuat daripada batu bata putih itu dibina si suami di atas tanah milik si isteri. Gara-gara keretakan rumah tangga, sang suami minta ganti rugi atas bangunan rumah tersebut.

"Mungkin pihak perempuan tidak mampu membayar wang yang diminta," katanya.

Tambah Purwadi, dia pernah menyarankan agar tidak dihancurkan dan mengikhlaskan rumah itu kekal di tanah si isteri.

Dia yang berada di daerah lain ketika kejadian terkejut apabila dihubungi melalui telefon bahawa rumah itu sudah dirobohkan. - KitaReporters


7
11
0
10
0
You will be interested