Insan & Komuniti 19 May, 2020

Tahniah! Pasangan pengantin dari UUM nikah secara online!!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

PASANGAN pengantin dari Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah dinikahkan secara dalam talian (online) oleh Pegawai Hal Ehwal Islam daerah Gombak, Selangor Ustaz Mohd Faiz Mohd Misran. Majlis pernikahan dalam talian menerusi sidang video itu membabitkan pasangan pengantin, Muhammad Noor Fitri Ahmad, 30, dan Fatin Syafika Mohd Zeen, 24, yang disempurnakan dalam sekali lafaz. : KitaReporters

Pasangan pengantin, Muhammad Noor Fitri Ahmad 30, dan Fatin Syafika Mohd Zeen 24,  disempurnakan dalam sekali lafaz. 


Majlis diadakan di rumah pengantin lelaki yang bertugas sebagai Penolong Pengetua di Inapan Siswa (Inasis) MAS/TNB UUM disaksikan oleh Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Pengetua Inasis MAS/TNB dan beberapa staf pada jam 12.30 tengah hari.

Adik pengantin perempuan yang berada di Gombak, Mohd Zailan Mohd Zain, 21, menikah sendiri kakaknya dengan disaksikan oleh Pengetua Inasis MISC/BSN Azhar Anis Mohammad dan Penolong pengetua Inasis MAS/TNB Nik Baidzaini Haddad Ibrahim.

Adik pengantin perempuan yang berada di Gombak, Mohd Zailan Mohd Zain 21, menikah sendiri kakaknya.


Mengaminkan doa selepas majlis akad nikah.


Muhammad Noor Fitri yang ditemui pada majlis itu bersyukur kerana akhirnya Jabatan Agama Islam Selangor membenarkan mereka berkahwin selepas tergendala kerana wabak COVID-19 yang melanda negara.

‘Kami sepatutnya mengadakan majlis perkahwinan pada 4 April 2020, tetapi kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan, maka kedua-dua keluarga terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan ini sehingga diberi kebenaran pada hari ini," ujarnya lagi.

Muhammad Noor Fitri Ahmad 30, dan Fatin Syafika Mohd Zeen 24.


Pengantin bergambar bersama Dekan dan pengetua selepas majlis akad nikah.


Beliau berkata, majlis diadakan itu selaras dengan ketetapan dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 20 April 2020 yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi kebenaran berkahwin.

Sebagai melaksanakan, JAIS membenarkan akad nikah secara sidang video (video conference) berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.

Antara negara yang melaksanakan nikah secara dalam talian ekoran penularan wabak pendemik COVID-19 adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE). - KitaReporters

Bergambar kenangan bersama keluarga pengantin lelaki walaupun berjauhan.

25
3
0
1
0
You will be interested