Program ini mendapat kerjasama Institut Pengajian al-Quran (IPaQ).
Program ini telah dilancarkan oleh Pengerusi MAIWP, Dato’ Seri Syed Hussien AlHabshee dalam satu majlis di ibu pejabat MAIWP di Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur pada Isnin, 13 Julai 2020.
Sebelum ini, Adam Corrie bersama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ‘Kembara Iman’ pernah mengadakan program membaca al-Quran di Sabah.
Dan kali ini, dia membentangkan kertas kerja untuk jalinkan kerjasama antara ‘Kembara Iman’ dengan program Jom Celik al-Quran.
Adam Corrie menerima surat pelantikan sebagai Duta MAIWP daripada Pengerusi MAIWP, Syed Hussien AlHabshee. - Kredit foto: Bernama
Menurutnya, dia akan membawa program Jom Celik al-Quran bukan sahaja di Kuala Lumpur, tetapi juga Sabah dan Sarawak.
Katanya, antara sesi yang akan diadakan adalah untuk belajar dan membaca al-Quran. Tidak perlu pandai serta-merta, tetapi sedikit sebanyak membantu mereka yang ingin belajar.
Menurut pelakon dan pengusaha pakaian Muslim ini, dia berharap agar lebih ramai orang terbuka hati untuk belajar membaca al-Quran.
Katanya, hendak menghafal 30 juzuk bukanlah satu kerja mudah. Namun dia terus membaca dan berharap ia dapat menjadi inspirasi buat ramai orang.
Corrie sudah hampir enam tahun bekerjasama dengan MAIWP dan merupakan antara artis yang kerap menyertai pelbagai forum anjuran majlis agama itu. - KitaReporters
Kredit video: MAIWP TV