Insan & Komuniti 26 Apr, 2023

Dakwah cara moden! Ustaz Azmel raih dana untuk pelajar! Kerja lebih masa waktu malam guna Bigo Live!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Siapa sangka dengan kerja keras yang dicurahkan ustaz ini ketika waktu malam membuahkan hasil apabila beliau mampu meraih dana lebih RM30,000 bagi kegunaan pembangunan sekolah agama beliau. 

Mempunyai kerja sepenuh masa ketika waktu siang sebagai guru besar bagi sebuah madrasah, beliau mengambil inisiatif menyediakan pengajian khas kitab ketika waktu malam dengan menggunakan platform penstriman langsung. 

Ustaz Azmel Amir (BIGO ID: Ustaz_Al_Fakir) mula tahu tentang aplikasi Bigo Live ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membataskan usahanya mencari dana bagi pengurusan madrasah beliau. 

Sedar tentang potensi penstriman langsung untuk mencapai khalayak yang lebih ramai, beliau terus mencuba penstriman langsung yang disediakan platform tersebut untuk menyebarkan manfaat pengajian kitab dan mencari dana tambahan. 




“Saya mempunyai bakat (kepakaran) dalam pengajian kitab, kuliah, dan ceramah, jadi saya berpandangan apa salahya sekiranya saya cuba menggunakan penstriman langsung Bigo Live ketika waktu malam untuk mencari dana sambil dapat menyebarkan ilmu kepada pendengar saya,” ujar Ustaz Azmel yakin. 

Usaha beliau telah membuahkan hasil apabila dana terkumpul mampu membantu pengurusan sekolah agama yang kini menampung lebih daripada 100 lebih orang pelajar. 

Walaupun Bigo Live amat sinonim dengan hiburan, namun begitu kandungan keagamaan yang diketengahkan Uztaz Azmel dan pendakwah lain turut mendapat perhatian. 



Dana yang terkumpul tersebut hasil sokongan pendengar ia dapat menampung pendidikan awal buat generasi pendakwah masa depan di madrasah beliau.

Bergerak seiring dengan teknologi, Ustaz Azmel mempamerkan bagaimana ‘dakwah moden’ boleh digunakan oleh pendakwah lain. 

Agensi Al-Fakir dan Famili Pondok Al-Fakir yang diasaskan beliau adalah bukti keberkesanan teknik penyampaian dakwah secara penstriman langsung. Agensi tersebut yang merupakan antara agensi pertama khusus buat hos-hos penstriman langsung di Malaysia kini mempunyai harapan cukup besar.

“Agensi Al-Fakir yang kini sudah diusahakan lebih daripada setahun mempunyai lebih 50 orang hos penstriman langsung yang hadir daripada kalangan ustaz dan ustazah yang mengajar sepenuh masa di siang hari di sekolah masing-masing, yang berkuliah di masjid dan surau, serta para pelajar pondok,” kongsi beliau lagi. - KitaReporters/Kenyataan Media


22
19
0
13
0
You will be interested