Insan & Komuniti 17 Apr, 2025

Video| Pesan nasi ayam! Yang sampai nasi babi! Mualaf akui salah sendiri! Tak periksa betul-betul!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this


Zaman serba canggih ni, kalau lapar tetapi malas nak masak atau pergi ke kedai makan, tak jadi masalah. Hanya di hujung jari, anda boleh membuat pesanan makanan dan terus dihantar di depan pintu rumah. Mudah bukan?

Namun, kecanggihan teknologi ini kadang-kadang menuntut untuk kita menjadi pengguna bijak dan berhati-hati terutama kalau anda seorang Muslim. 

Sebelum anda membuat pesanan di mana-mana kedai makan, pastikan terlebih dahulu kedai tersebut menjual makanan halal.



Yalah, penulis faham kadang-kadang kita terleka sekejap kerana terlalu lapar. Dek kerana lapar, kita hanya taip nama menu yang teringin dimakan tetapi kita lupa menyemak status halal kedai tersebut. 

Sebenarnya kejadian seperti ini kerap berlaku kerana kita kurang peka.

Kalau anda dapat budak penghantar (rider) yang jujur dan baik hati, dia akan beritahu kepada kita bahawa kedai tersebut menjual makanan tidak halal. Namun kalau sebaliknya, tanggunglah sendiri. 

Kalau tersedar awal okay lagi, tetapi kalau sudah ditelan, pasrah sahajalah jawabnya.



Itulah yang berlaku ke atas seorang wanita. Dia mengakui apa yang terjadi adalah salahnya sendiri. Dia berkongsi kejadian tersebut dalam media sosial hingga menarik perhatian ramai.

Menurut wanita dikenali sebagai Lynn. Dia membuat pesanan nasi ayam untuk anaknya secara dalam talian. Namun, setelah makanan tersebut sampai, alangkah terkejutnya apabila melihat makanan tersebut bukan nasi ayam seperti yang dipesannya tetapi nasi babi.

“Niat beli nasi ayam untuk anak tapi sampai 🐷🐷🐷. Bukan rezeki. Saya salahkan diri sendiri,” tulisnya.



Perkongsian tersebut membuatkan salah seorang netizen hairan bagaimana dia tahu nasi tersebut adalah nasi babi. 

Menurut Lynn, dia merupakan seorang mualaf. Jadi, dia tahu bagaimana rupa dan bau daging babi. 

“Macam mana akak bezakan ya. Kita yang tak pernah makan ni nampak macam lebih kurang sama je macam ayam,” tanya salah seorang netizen.

Manakala seorang netizen yang mengakui bekerja sebagai budak penghantar, menjelaskan dia sentiasa memberitahu kepada pelanggan sekiranya kedai tersebut tidak halal. 

“Aku sebagai rider akan bagi tahu pelanggan yang beragama Islam kalau restoran yang dia beli tu tak halal dan kebanyakan pelanggan tak tahu sebab dalam aplikasi tak tunjuk halal ke tak,” kongsinya. 



Menurut Lynn ketika menjawab pertanyaan seorang netizen kenapa dia membuat pesanan di kedai tidak halal, katanya dia hanya menaip nama menu tanpa memeriksanya betul-betul.

“Saya hanya taip nasi ayam jumpa ni. Ya, silap saya tak tengok betul-betul sebab tengah tergesa-gesa masa tu urus anak-anak. Saya dah kembalikan kepada rider. Duit burn. Takpelah, bukan rezeki. Duit boleh cari lagi,” katanya. - KitaReporters


16
5
0
13
0
You will be interested