Insan & Komuniti 30 Nov, 2022

Video| Lebih 51 tahun terpisah! Wanita kembali bersatu dengan ibu bapanya! Angkara diculik pengasuh!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SIAPA sangka ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berjaya menyatukan semula wanita warga emas di Texas, Amerika Syarikat (AS) dengan anak kandungnya sendiri, sekali gus menamatkan misteri kehilangan selama lebih 50 tahun.

Itu yang berlaku kepada seorang ibu apabila anak kandungnya sendiri yang dilarikan oleh pengasuh kira-kira 51 tahun lalu ketika mula-mula berhijrah ke Fort Worth.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pertemuan semula




Memetik laporan BBC.com pada 29 November 2022 lalu, Alta Apantenco yang kehilangan anak perempuannya yang dinamakan Melissa Highsmith yang selama ini buntu dengan kehilangan anak seolah bermimpi pada siang hari apabila mereka disatukan semula.

“Saya terlalu gembira apabila dapat melihat anak perempuan saya kerana menjangkakan tidak akan bertemu semula,” kata wanita warga emas yang kini menginjak usia 74 tahun. 

Katanya, sebelum ini dia telah berusaha untuk menjejaki anaknya sejak sekian lama selain membuat laporan kepada pihak polis dan mendaftar di Pusat Kebangsaan untuk Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi (NCMEC). 



Kongsinya kronologi kehilangan anak kesayangan itu berlaku selepas berhijrah ke Fort Worth kerana berpisah dengan pasangannya.

Katanya, dia perlu memulakan hidup baharu dan mahu mencari pekerjaan demi meneruskan kehidupan bersama anak kecilnya yang dipanggil Melanie. 

Bagaimanapun dia perlu mencari pengasuh untuk menjaga Melanie sepanjang dia bekerja. Malah pernah mengiklan pencarian seorang pengasuh di akhbar tempatan bagi menjaga Melanie yang ketika itu berusia 22 bulan.

Dia kemudian menerima seorang wanita yang dikenali Ruth Johnson yang bersedia untuk menjaga anak perempuan comel berkenan.

Malah, rakan sebilik Alta juga bersetuju kerana melihat wanita berkenaan seorang yang baik selain memakai sarung tangan putih, cermin mata hitam dan topi bonnet ketika datang datang bertemu dengannya untuk menjadi pengasuh kepada anaknya.



Bagaimanapun, pengasuh berkenaan tidak memulangkan semula dan tiada sesiapa berjaya menghubunginya. Alta kemudian menghubungi pihak berkuasa dan sejak itu bermula pencarian anak perempuanya.

Bagaimanapun selepas 50 tahun pencarian wanita warga emas itu beruntung apabila mendapat petunjuk pada Oktober 2022 lalu di Charleston.

Bahkan, bapa Melanie, Jeffrie kemudian menjalani ujian DNA dan berjaya memadankannya dengan anak perempuannya.

Melanie  yang menggunakan nama Melanie Walden tidak tahu dirinya diculik oleh pengasuh sejak usianya masih bayi. Namun mendedahkan dia hanya dibesarkan dalam sebuah kehidupan yang teruk sepanjang tempoh membesar.

Kini keluarga berkenaan disatukan semula dalam penemuan penuh syahdu selepas maklumat dan keputusan DNA yang  berjaya merungkai misteri kes berusia 50 tahun itu.

Malah Melanie yang kini berusia 53 tahun mengakui penyatuan mereka bertiga sesuatu yang sukar digambarkan.

“Ia amat menggembirakan dan pada masa yang sama, ia perasaan paling indah dalam hidup selama ini,”  katanya yang berhasrat untuk menjaga kedua orang tuanya. - KitaReporters



 

 

7
11
0
15
0
You will be interested