Insan & Komuniti 11 Nov, 2022

Terima kasih Keluarga Malaysia! Pasangan warga emas uzur terharu! Terima ziarah prihatin pemimpin!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this

Rokiah Zanal (tengah) menceritakan kepada Haslinda Salleh (kiri) keadaan suaminya Sharif Sawian, yang hanya terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak di dalam rumah.


SEPASANG suami isteri di Felda Tenang, Labis, Johor yang masing-masing mengalami masalah kecederaan tulang pinggul dan saraf terharu menerima kunjungan rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang semasa program ziarah prihatin bertujuan menyantuni penduduk yang kurang berkemampuan dan uzur pada 8 November 2022 lalu.

Sehubungan itu, program ziarah prihatin itu bertepatan dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang mahu dipupuk dan digalakkan bagi mencapai matlamat keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran semua ahli Keluarga Malaysia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program ziarah kasih

Haslinda Salleh bertaya sesuatu kepada Sharif Sawian ketika menziarahi warga emas tersebut semasa Program Ziarah Prihatin di Felda Tenang, Labis, Johor.
Shafif Sawian, 72, berkata, dia yang terlibat dalam kemalangan motosikal ketika pulang dari kebun pada tahun 2017 mengalami kecederaan teruk tulang pinggul tidak mampu berjalan seperti biasa dan terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda sejak lima tahun lalu.
"Isteri saya Rokiah Zanal, 66, turut menghadapi kesukaran untuk bergerak serta tidak mampu untuk menguruskan rumah tangga sejak dua tahun lalu kerana mengalami masalah saraf akibat beberapa kali terjatuh ketika melakukan kerja-kerja rumah beberapa tahun lalu .
"Walau bagaimana pun saya tetap bersyukur kerana kami berdua tidak terlantar dan masih boleh bergerak di dalam rumah meski pun terpaksa menggunakan kerusi roda sementara isteri saya juga mampu berjalan secara pelahan dengan bantuan tongkat," kata bapa kepada lima orang anak itu.

Rokiah Zanal


Menurut pasangan tersebut semua urusan rumah yang melibatkan mereka berdua dibantu oleh anak bongsu mereka, Nor Nadia, 30, yang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga mereka berdua kerana anak-anaknya yang lain menetap di luar kawasan dan pulang menjengguk mereka bila mendapat cuti sahaja.
Dalam masa sama pasangan warga emas tersebut turut melahirkan rasa gembira kerana diberi perhatian oleh wakil rakyat serta pemimpin setempat pada saat kesihatan mereka semakin menurun ketika ini lebih-lebih lagi selepas tidak lagi mampu bergaul dengan rakan-rakan lain seperti ketika mereka masih sihat.
Katanya, program ziarah seperti itu selain mampu mendekatkan penduduk dengan pemimpin, sedikit sebanyak mampu mengubat kesunyian mereka berdua yang tidak mampu untuk bergaul dengan rakan peneroka lain dalam aktiviti keagamaan di masjid mahu pun aktiviti kemasyarakatan lain secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada rasa tersisih atau rendah diri.

Rokiah Zanal menzahirkan rasa gembira dia tas kunjungan Haslinda Salleh bersama rombongannya yang disifatkannya mampu mengubat kesunyian dia dan suami.


Sementara itu ADUN Tenang, Haslinda Salleh berkata, Program Ziarah Prihatin tersebut merupakan antara aktiviti yang dijalankan secara berkala oleh pihaknya bertujuan bukan sahaja untuk  mendekati penduduk malah menyalurkan sebarang bantuan mengikut keperluan masing-masing secara terus dan cepat.

"Melalui program sebegini saya dapat melihat dan menilai keperluan mereka dengan lebih mudah di mana terdapat juga isu-isu yang perlu dipanjangkan kepada agensi kerajaan berkaitan untuk tindakan lanjut dan dengan cara ini mampu memudah serta mempercepatkan proses untuk membantu mereka yang memerlukan.
"Saya berpendapat pemimpin tidak harus menunggu rakyat datang mengadu masalah kepada mereka, sebaliknya pemimpin mesti turun padang melihat dan mendengar sebarang masalah yang dihadapi oleh rakyat seterusnya berusaha untuk  menyelesaikannya sebaik mungkin," katanya. - KitaReporters


Haslinda Salleh turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada pasangan Sharif Sawian dan Rokiah Zanal yang mengalami masalah kesihatan ketika Program Ziarah Prihatin di Felda Tenang, Labis, Johor. 

8
17
0
12
0
You will be interested