Insan & Komuniti 03 Nov, 2023

Kerana tak laku jual televisyen! Bapa mentua kerat leher menantu perempuan! Sedang hamil 7 bulan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

KHOIRI yang disyaki membunuh menantunya yang hamil tujuh bulan ditahan polis - kredit foto : Tribunnews.com


ANGKARA usaha menjual television (TV) tidak mendapat sambutan, seorang bapa mentua begitu tega membunuh menantunya sendiri yang sedang hamil tujuh bulan dalam satu kejadian malang yang berlaku di Pasuruan, Jawa Timur pada 31 Oktober 2023 lalu.

Lelaki terbabit yang bernama Khoiri, 52, bertindak mengerat leher menantunya yang dikenali sebagai Fitria Almuniroh Hafidloh Diyanah, 23, di rumahnya di Dusun Blimbing, Desa Parerejo, Kecamatan Purwodadi, Kabupaten Pasuruan pada kira-kira jam 4.30 petang (WIB).

Suspek yang dipercayai menghadapi masalah kewangan begitu marah selepas dia cuba menjual sebuah televisionnya kepada beberapa jirannya tetapi tidak dibeli oleh mereka. 


FITRIA Almuniroh Hafidloh Diyanah - Kredit foto: Kilat.com


Seperti dipetik daripada portal berita, tvonenews.com melaporkan, lantaran itu, ketika pulang ke rumah Khoiri bertindak mengerat leher Fitria dengan sebilah pisau di bilik tidur mangsa. 

Kejadian yang menyayat hati itu disedari suami Fitria yang dikenali sebagai Sueb, 31, sewaktu pulang daripada kerja dan menemui isterinya yang berlumuran darah di atas tilam di bilik tidur, manakala suspek yang merupakan ayah kandungnya hilang dari rumahnya dikatakan bersembunyi di rumah jiran tetangga.

Sueb cuba menyelamatkan nyawa Fitria dengan membawa isterinya ke Pusat Kesihatan Masyarakat (Pukesmas) tetapi pegawai perubatan mengesahkan Fitria sudah meninggal dunia.

Berikut dengan tragedi itu, polis telah menangkap suspek yang sedang bersembunyi di rumah jirannya.


KHOIRI yang tidak berbaju dibawa oleh anggota polis. - Kredit foto: Detiknews


Ketika ditahan, Khori berkata kepada anggota polis: ``Getun pak, wau sumpek kulo, Ngedol television (TV) ora payu-payu (Menyesal pak. Tadi penat saya jual TV tak laku-laku).’’  

Namun, menurut jiran tetangga, kejadian itu tidak berpunca suspek menjual television tidak laku sebaliknya mereka mempercayai Khoiri mungkin dirasuki syaitan sehingga dia tergamak membunuh menantunya sendiri.

Ini kerana, kata jiran, sebelum ini lelaki itu dikenali seorang yang baik dan peramah dengan jiran tetangga selain dia tidak pernah bergaduh dengan anak dan mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Purwodadi, AKP Pujianto mengesahkan kejadian tersebut tetapi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana kes berkenaan masih lagi dalam siasatan polis. - KitaReporters


Kredit foto: Detikcom

9
12
0
13
0
You will be interested