Insan & Komuniti 26 May, 2025

Syabas PDRM! Flushing Team perkasa keselamatan LIMA’25! Unit Pemusnahan Bom, Cawangan Khas, Unit K9!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:anakperlis65@gmail.com

Share this


Kenderaan di tempat dan sekitar dewan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) menjalani pemeriksaan keselamatan. - Kredit foto:  Facebook Rasmi PDRM Kontinjen Kedah. 


Keselamatan menjadi aspek utama sepanjang berlangsungnya Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 21 Mei 2025 lalu.

Sebagai antara acara berprestij bertaraf antarabangsa, kawalan keselamatan diperhebat menerusi penglibatan pasukan khas Flushing Team Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada Bahagian Persenjataan (Unit Pemusnahan Bom), Cawangan Khas, serta Unit K9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Pasukan ini menjalankan pemeriksaan terperinci terhadap semua kenderaan yang digunakan oleh tetamu kenamaan (VVIP), kawasan penginapan rasmi, dan lokasi program yang melibatkan kehadiran VVIP bagi memastikan tiada ancaman keselamatan sepanjang acara berlangsung.


Unit anjing turut digunakan untuk mengawal dan menjaminkan keselamatan.

Selain itu, pemeriksaan terhadap kemasukan senjata api dan peluru ke dalam dewan pameran turut dilaksanakan sebagai langkah pencegahan yang komprehensif.

Langkah ini mencerminkan kesiapsiagaan tinggi pihak berkuasa dalam menjamin keselamatan pengunjung dan kelancaran acara, sejajar dengan imej LIMA’25 sebagai simbol kecemerlangan dan kemajuan industri pertahanan serta teknologi negara.



Hotel penginapan turut diawasi. - Kredit foto:  Facebook Rasmi PDRM Kontinjen Kedah. 
Syabas kepada pihak PDRM dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam memastikan keselamatan dan kelancaran LIMA'25 kali ini. 

Dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan hadir ke LIMA’25 yang telah memainkan peranan dengan mematuhi peraturan serta memberi kerjasama penuh. - KitaReporters


Pengunjung LIMA’25 turut diambil maklumat mereka. 

Kredit foto : Facebook Rasmi PDRM Kontinjen Kedah.

12
12
0
16
0
You will be interested