Insan & Komuniti 22 Nov, 2022

Jalan Masih Panjang! Kisah perjuangan Anwar dan isteri difilemkan! Bakal temui penonton awal 2023!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Pelakon terkenal tanah air, Farid Kamil memegang watak 'Anwar Ibrahim' dalam filem  ‘Jalan Masih Panjang’ yang mengisahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan isterinyaDatuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. - Kredit foto: juiceonline.com


KETIKA negara sibuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022, tiba-tiba meletup pula cerita mengenai pembikinan sebuah filem bertajuk ‘Jalan Masih Panjang’ (JMP) yang mengisahkan perjuangan seorang tokoh pembangkang terkenal  tanah air, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan isterinya.

Betul ke? Atau ada pihak sengaja membuat cerita? Maklumlah figura yang popular sering mendapat perhatian ramai sama ada dalam negara mahu pun di luar Malaysia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Farid Kamil

Acha Septriasa memegang watak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Farid Kamil (sebagai Anwar) dalam salah satu babak filem Jalan Masih Panjang. - Gambar ihsan Bianglala Entertainment


Sebuah syarikat produksi Indonesia, Bianglala Entertainment kini rancak menghasilkan sebuah filem biopik mengenai tokoh berkenaan.

Filem yang diusahakan sejak 2011 arahan Viva Westi turut membariskan pelakon-pelakon hebat dari Malaysia dan Indonesia seperti Farid Kamil, Acha Septriasa, Hasnul Rahmat, Piet Pagau dan Dewi Irawan

Teraju utama filem tersebut Farid Kamil  akan memegang watak DSAI dan manakala Acha Septriasa (Indonesia) pula akan melakonkan watak sebagai Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.



Difahamkan, filem tentang kisah Anwar itu mula tersebar dalam media sosial ekoran seorang pelakon dari Indonesia yang dikenali sebagai Hans de Kraker telah memuat naik foto-foto pelakon Farid Kamil bersama krew produksi filem itu. 

Mengulas tentang pemilihan beliau untuk memegang watak utama sebagai tokoh politik itu, Farid berkata, terlalu banyak sebab untuknya menerima tawaran filem ini. 

“Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang tokoh hebat yang terkenal di seluruh dunia. Saya tidak perlu fikir panjang untuk menerimanya.

“Namun, cabaran untuk saya adalah beliau akan menontonnya bila filem ini siap.

“Cuba anda beri sebab kenapa saya perlu menolak? Ini adalah antara impian semua pelakon di Malaysia untuk melonjak lebih tinggi di rantau Asia seterusnya antarabangsa,” katanya. 


Anwar (lakonan Farid Kamil) mengangkat tangan di hadapan penyokong-penyokongnya sewaktu beliau ditahan pada 1998 - Kredit foto: Bianglala Entertainment


Tambah beliau, berlakon sebagai watak utama tokoh politik Malaysia untuk syarikat produksi Indonesia yang diarahkan Viva Westi adalah suatu pengalaman yang cukup menarik buat dirinya. 

Filem JMP, kini sedang pada peringkat akhir penggambaran dan dijangka menemui penonton pada awal tahun depan (2023).

Berlatarbelakangkan set masa dari tahun 1993 sehingga 1998, filem ini diolah daripada kisah benar dan plot ceritanya mengenai perjuangan Anwar Ibrahim melawan sebuah sistem yang dikatakan korup. - KitaReporters


Adegan di mana Anwar (Farid) ditahan oleh pihak berkuasa dan seterusnya dibicarakan di mahkamah. - Kredit foto: Bianglala Entertainment


Sumber:

https://www.getaran.my/artikel/filem-tv/34706/perjuangan-anwar-ibrahim-melawan-rasuah-difilemkan-farid-kamil-pegang-watak-tokoh-politik-itu

19
15
0
8
1
You will be interested