Insan & Komuniti 30 Dec, 2022

Video| Lelaki hebat! Pada usia 62 tahun, ada 12 isteri, 102 anak, 568 cucu! Tak mahu ada anak lagi!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Musa Hasahya (paling kanan) bersama sebahagian daripada anggota keluarganya. - Kredit foto Daily News

Seorang petani Uganda bernama Musa Hasahya ini dianggap sebagai lelaki hebat di dunia

Apa tidaknya. Dalam usia 62 tahun, dia mempunyai 12 isteri dan melahirkan 102 anak dan mempunyai 568 cucu. Jika usianya panjang dia juga akan mempunyai cicit beberapa tahun lagi.

Dia mengalami kehidupan kahwin cerai sehingga mempunyai 12 isteri.

Anak-anaknya berusia antara 6 tahun ke 51 tahun. Isterinya yang paling muda lebih muda daripada anak perempuan tertuanya yang kini berusia 21 tahun.


Musa Hasahya tidak galakkan masyarakat berkahwin ramai kerana ekonomi kini kurang baik


Kerana mempunyai ramai anak dan terlalu ramai cucu, Musa tidak dapat mengingati kesemua nama dan senarai kedudukan mereka dalam keluarga

Musa yang menjadi ketua kampung menjalankan perniagaan. Kerana kedudukannya mendorong Musa berkahwin banyak.

Namun melihat keluarganya terus membesar, Musa merasakan dia kini mempunyai halangan kewangan untuk memberikan kehidupan selesa kepada keluarganya.


Oleh kerana terlalu ramai Musa sukar untuk mengingati kesemua anak dan cucunya

Musa kini tidak lagi bercadang untuk mempunyai anak lagi, namun keinginan seksnya masih membara. Lalu kini dia meminta isteri-isterinya memakan pil perancang,
Sedangkan, Musa sendiri enggan memakai kondom ketika berhubungan.

Dan dalam usia 62 tahun, Musa yakin mampu mempunyai anak lagi jika tidak ‘ditahan’ dengan kaedah kontrasepsi.

Dalam pada itu, Musa menasihatkan orang ramai untuk tidak memiliki isteri lebih daripada empat memandangkan situasi ekonomi negara berada dalam keadaan tidak baik. - KitaReporters


Kerana tidak mahu tambah anak Musa paksa isteri-isteri guna alat perancang

11
12
0
12
0
You will be interested