Insan & Komuniti 30 Mar, 2023

Jom ramai-ramai derma darah! DC Mall, Damansara 1-2 April 2023! Anjuran Kumpulan QI, Yayasan RYTHM!

@rahanamd
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this

Semua orang digalakkan untuk menderma darah secara berkala.


Ada pelbagai cara untuk kita melakukan kebaikan dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Kita mungkin tidak mempunyai harta benda dan wang ringgit yang banyak untuk didermakan namun kita mempunyai kesedaran untuk membantu dengan cara menderma darah.

Jika tidak mempunyai masa ke pusat-pusat rawatan seperti hospital, ada pihak yang prihatin mengadakan kempen derma darah di pasar-pasar raya. Ini bermakna jika mahu membeli belah, boleh terus ke lokasi kempen menderma darah yang diadakan dan ramai yang sedang menanti kehadiran kalian.

Prihatin terhadap penderitaan insan yang memerlukan, Jawatankuasa Tanggungjawab Sosial Kumpulan QI bersama-sama dengan Yayasan Rythm mengadakan inisiatif menganjurkan kempen derma darah pada hujung minggu ini iaitu 1 dan 2 April 2023. 

Penganjuran bersama dengan Pusat Darah Negara dan DC Mall (Damansara City Mall), Damansara, Selangor itu akan diadakan tingkat 1, Concourse Area.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kempen menderma darah


Jawatankuasa Tanggungjawab Sosial Kumpulan QI bersama-sama dengan Yayasan RYTHM mengadakan inisiatif  menganjurkan kempen derma darah pada hujung minggu ini iaitu 1 dan 2 April 2023.


Menurut Pengarah Pusat Darah Negara, Dr. Afifah Hassan pihaknya mengalu-alukan dan  mengajak masyarakat terus menderma darah secara berkala.

"Buat masa ini kesedaran pelbagai kaum adalah baik dan kami menyasarkan lebih baik pada masa akan datang.  

"Bagaimanapun memandangkan kita sekarang sekarang berada dalam bulan puasa, kami ingin menjemput dan menggalakkan lebih ramai penderma bukan Muslim untuk datang menderma darah. Bagaimanapun penderma Muslim masih berpeluang  untuk  menderma selepas waktu berbuka.

“Objektif penganjuran ini adalah untuk menyasarkan aktiviti derma darah yang berterusan dapat dilakukan untuk  mengekalkan bekalan darah pada tahap selamat dan mencukupi,” ujarnya ketika dihubungi.

Justeru tambahnya lagi, semua penderma digalakkan untuk menyertai kempen dan semua jenis darah diterima mengikut kelayakan. Hasil kempen yang berjaya dikumpulkan akan dihantar kepada Pusat Darah Negara. - KitaReporters


Kempen derma darah yang berterusan akan memastikan bekalan darah selamat dan mencukupi di Pusat Darah Negara.

6
9
0
17
0
You will be interested