Insan & Komuniti 19 Mar, 2023

Sembang-Sembang| Ibu bapa pening! Semua mahal! Harap kerajaan perkenal barangan sekolah harga Rahmah!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this


Macam macam benda hendak dibeli. Yang baharu masuk sekolah sudah tentu serba baharu. Yang naik darjah  pun hendak pakaian serba baharu juga.

Mak adik nak beli ini... Mak kakak pun hendak juga.., Antara permintaan yang tidak mungkin dihampakan oleh  ibu bapa.

Kalau seorang dua anak masih boleh diusahakan,  tapi kalau lima anak bersekolah bagaimana jadinya. Tidakkah pening dan serabut kepala ibu bapa.

Pujuk rayu sudah tentu tidak diterima. Maklumlah anak anakā€¦ apa yang adik dapat mesti kakak atau abang pun hendak. Melainkan anak-anak remaja yang di sekolah menengah sudah faham kemelut kewangan yang dihadapi ibu bapa.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kembali ke sekolah


Pembukaan sekolah tahun ini semacam tidak kena masanya. Pada saat orang ramai khasnya orang Islam juga bergelut dengan persiapan menyambut Ramadan. Dalam erti kata lain kewangan menjadi modal utama.

Ada yang mengeluh tidak cukup duit untuk perbelanjaan sekolah anak-anak. Mana tidaknya keperluan dan kelengkapan sekolah naik antara 10 hingga 20 peratus.

Mana nak beli buku latihan, bayar yuran dan membeli pakaian serta kasut. Belum lagi bayar van dan bas sekolah yang  difahamkan turut naik. Belum yuran PIBG dan keperluan sukan.

Ada  yang pertikai kenapa tidak menabung kerana sudah tahu sekolah hendak dibuka. Kita harus ingat, tidak semua orang mampu menabung jika makan hari-hari pun tak cukup.

Seberat mana pun beban yang dirasa, ibu bapa tetap berusaha untuk memenuhi hasrat anak- anak supaya semangat mereka nak belajar tidak terbantut. Masa hadapan anak tetap keutamaan.


Keadaan itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan rakyat kini berdepan dengan isu harga barang serta kos sara hidup yang semakin meningkat. Sudah sampai masanya kerajaan memperkenal skim barangan persekolahan mengikut pendekatan mampu beli. 

Memang ada sumbangan kerajaan sebanyak RM150 kepada pelajar tetapi masih tidak cukup untuk menampung terutama mereka yang ramai anak bersekolah.

Yang mampu memang tidak ada masalah. Yang tidak mampu terpaksa ikat perut atau meminjam untuk menyempurnakan hajat anak-anak.

Apapun ibu bapa yang pentingkan ilmu tentu tidak merungut. Sanggup berkorban demi masa hadapan anak-anak. Dan tentunya juga rezeki setiap anak ada. Allah telah persiap untuk mereka. Tak banyak sikit..

Semoga kerajaan yang prihatin terhadap pendidikan generasi muda negara lebih bersikap terbuka menangani masalah ini. Bukan minta percuma semua tetapi cukup dengan bantuan yang lebih praktikal dan mudah untuk semua pihak.

Ibu ibu sudahkan bersedia dengan persiapan anak anak sekolah. Buat checklist, pastikan anak masuk tidur awal. Dan kalau rajin buat bekalan makanan sihat supaya mereka tidak tidak memilih makanan tidak berkhasiat untuk mengisi perut di sekolah.

Selamat bergelut ibu bapa dan Selamat kembali ke sekolah anak-anak. Selamat berbakti cikgu-cikgu. 

Jumpa lagi di catatan akan datang. - KitaReporters


15
6
0
18
0
You will be interested