Kemuliaan hati aktivis masyarakat bersama rakan-rakan membantu kehidupan Orang Asli atau Orang Asal diibaratkan wira yang tidak didendang seharusnya dihormati atau disanjung malah menjadi contoh terbaik menyedarkan kita semua bahawa masih ada di luar sana mereka yang sentiasa menagih untuk disantuni.

Sebahagian anak Orang Asli menunaikan solat berjemaah pada program itu.
Menyedari
hal sedemikian itu, seorang aktivis masyarakat Norhayati Berahim yang juga
penulis terkenal dengan temani beberapa rakan rapat khusus Zanahariah Jaafar
mengunjungi penduduk Orang Asli di Kampung Pos Ber, Gua Musang, Kelantan, selama dua
hari bermula pada 6 Januari 2026.
Walaupun program
kunjungan itu tidak keseluruhannya ke arah holistik namun menjadi satu sentuhan
bermakna meningkatkan taraf hidup menerusi pendidikan yang menyuntik dalam
tranformasi minda serta memperkasa generasi muda Orang Asli supaya dengan
membuka peluang untuk memimpin perubahan komuniti mereka.
Menurut Norhayati, pemilihan Orang Asli di kampung itu berikutan sebilangan besar mereka sudah memeluk agama Islam, justeru usaha pengukuhan perlu dilakukan pada peringkat kanak-kanak di samping mengadakan kelas bimbingan membaca kerana masih ramai yang buta huruf.

Norhayati Berahim menyantuni warga emas Orang Asli di Kampung Pos Ber, Gua Musang, Kelantan pada program berkenaan.
Jelasnya
beliau, selain mengadakan kelas mengajar solat turut diadakan sesi belajar membaca
‘ice breaking’, perkenal nama, umur, hobi serta minat untuk melihat
sejauh mana mereka dapat berinteraksi dengan orang luar terutama kali pertama
ditemui.
Tambahnya,
langkah itu secara tidak langsung dapat mendekatkan diri dengan anak Orang Asli
apabila jarang bertemu orang luar di samping membuka idea untuk memberi
bimbingan berkala pada cuti sekolah dan bulan Ramadan supaya berkesan dalam
usaha membasmi buta huruf.
“Bagi
mencapai matlamat usaha sendiri ini saya menggunakan sebahagian besar daripada wang
simpanan untuk membeli buku sifir, mari membaca, buku latihan dan sumbangan
sahabat antaranya peralatan solat berupa telekung, sejadah serta peralatan
membaca quran iaitu buku iqra’.
“Saya juga berhasrat mendirikan sebuah ‘centre’ untuk anak Orang Asli seawal umur lima tahun sebagai kemudahan bagi diberikan bimbingan awal mengerjakan solat dan membaca selain persediaan untuk bersekolah mungkin turut boleh digunakan oleh mereka yang datang membuat program seperti ini,” ujar Norhayati.

Aktivis menyiapkan hidangan untuk dimakan bersama-sama penduduk dan anak Orang Asli.
Sementara itu, Zanahariah berkata, sebagai seorang pendidik, berjumpa anak Orang Asli seperti dalam program berkenaan bukanlah pengalaman baharu, kerana sebelumnya dia pernah bersama rakan setugas menyantuni pelajar dalam kalangan komuniti itu di Kuala Lipis, Pahang.
Menurutnya, dalam program seperti itu apabila dapat mengetahui anak Orang Asli berumur 16 tahun masih belum boleh membaca ia sangat menakutkan malah terfikir dalam benak fikiran masih banyak yang perlu diusahakan supaya mereka tidak ketinggalan dan dapat keluar dari kemiskinan serta mengubah mobiliti sosial kaum.
Tambahnya, apabila mengikuti program di Kampung Pos Ber itu dia cuba memanfaatkan sebaik mungkin dalam jangka waktu yang singkat mengadakan aktiviti iaitu selepas makan tengah hari dengan meneruskan mengajar membaca menggunakan buku berkualiti yang ditaja sendiri untuk dimanfaatkan anak Orang Asli.
Anak Orang Asli menikmati hidangan yang disediakan ibu mereka dan aktivis masyarakat.
Jelasnya, sebelum diajar membaca mereka terlebih dahulu diajar menghafal sifir walaupun berasa kekok terpaksa mengajar mereka bermula peringkat sekolah rendah namun dia memanfaat ilmu seorang pendidik demi kemajuan anak Orang Asli.
“Menggunakan
sebutan A, E, I, O, U untuk pertuturan bunyi yang betul berserta gambar
mewakili abjad huruf masalah itu dapat diselesaikan malah menimbulkan suasana
seronok dalam kalangan anak Orang Asli untuk mempraktik kaedah mengeja dan
membaca.
“Saya berasa amat terharu dan menitis air mata apabila melihat gelagat mereka yang bersungguh untuk belajar membaca dan tidak menunjukkan reaksi jemu walaupun terpaksa menyebut atau mengeja perkataan berpandu gambar berulang kali.
“Bagi guru yang sekian lama mengajar di pedalaman kampung Orang Asli seperti ini saya amat mengagumi mereka kerana bukan sahaja mendapat pahala berlipat ganda malah sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab,” ujarnya.

Zanahariah Jaafar berswafoto merakamkan anak Orang Asli mengikuti kelas membaca.
Zanahariah
berkata, sepanjang program itu, Tok Batin, Atok Dak Nash dan beberapa orang
kampung pos berkenaan turut bekerjasama menjayakannya termasuk membantu kaum
wanita menyediakan makanan untuk dinikmati bersama-sama.
“Selama dua hari itu kami dapat berasa masakan kaum ibu Orang Asli yang menghidangkan menu hari pertama iaitu nasi bersama ayam masak merah dan kobis goreng, manakala pada hari kedua pula kari ayam dengan ubi kayu, sup ayam dengan ubi kayu, kobis goreng dan daun ubi masak air,” katanya. - KitaReporters

Kaum ibu Orang Asli berganding bahu memasak menu makanan sebagai hidangan makan tengah hari.