Insan & Komuniti 22 Dec, 2025

Semangat gotong royong! Mudahkan pembersihan pascabanjir! 60 sukarelawan, 10 agensi turun padang!

Share this

Hampir 60 sukarelawan daripada lebih 10 agensi kerajaan dan swasta ringan tangan menjayakan operasi pembersihan pascabanjir Monsun Timur Laut di Mukim Endau, Mersing, Johor pada 20 Disember 2025.


Bersihkan kotoran pascabanjir bukan satu perkara mudah.


 

Antara agensi kerajaan yang turut terlibat dalam operasi pembersihan pasca banjir kali ini ialah Pejabat Daerah Mersing, Pejabat Tanah Mersing, Majlis Daerah Mersing (MDM), Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing, Grup Gerak Khas Mersing, Jabatan Kerja Raya (JKR) Mersing, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Mersing, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM) Mersing, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing dan Endau.


Tugas dan pembersihan diagih dan dibahagikan supaya lebih teratur dan sistematik.


 

Manakala agensi swasta yang turut turun padang membersihkan kediaman mangsa banjir yang terjejas di Kampung Semaloi, Kampung Hubong dan Kampung Air Tawar adalah Perbadanan Pengurusan Pepejal  dan Pembersihan Awam (SWCorp), SMW Environment cawangan Mersing.

Selain itu penyertaan pertubuhan bukan kerajaan setempat dan badan beruniform membuktikan semangat kebersamaan menjadi benteng kekuatan daerah Mersing dalam menghadapi sebarang cabaran dan kemungkinan.


Kerjasama pelbagai agensi mampu memudahkan pembersihan.


 

Usaha membersihkan mana-mana kediaman, premis dan lokasi pascabanjir secara bergotong royong dan bersama ini dapat menjimatkan masa serta tempoh pembersihan.

Sehubungan itu, ianya harus dijadikan contoh mahupun teladan oleh organisasi-organisasi lain sama ada pihak kerajaan ataupun swasta bagi memberi ruang supaya banyak kawasan dapat dilaksanakan kerja-kerja pembersihan. - KitaReporters


Penglibatan pelbagai agensi kerajaan dan swasta mempercepatkan proses pembersihan dengan singkat.

 

9
8
0
7
0
You will be interested