Insan & Komuniti 08 Aug, 2022

Video| Mak oii! 22 tahun tak mandi! Simbol juangkan keadilan! Tapi warga emas ini tetap sihat!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


SEORANG warga emas dari Bihar, India mendedahkan beliau sudah tidak mandi sejak tahun 2000 sebagai tanda simbolik menentang isu keganasan terhadap wanita, pertikaian tanah dalam kalangan lelaki dan pembunuhan haiwan yang tidak bersalah.

Dharamdev Dam yang kini berusia 62 tahun, beliau akan terus berpegang kepada prinsipnya selagi segala isu-isu yang beliau perjuang tidak diselesaikan.

Tambahnya, walaupun tidak mandi selama 22 tahun, beliau tetap mempunyai kehidupan yang normal dan berkahwin pada tahun 1978.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan amalan bermandi


Kredit Foto : YouTube ETV Bharat


"Saya juga bekerja di sebuah kilang di Jagdal, Bengal pada 1975.

“Namun begitu, pada 1987, saya tiba-tiba menyedari masalah pertikaian tanah, pembunuhan haiwan dan kekejaman terhadap wanita semakin meningkat.

“Sejak itu, saya menuju ke jalan pengabdian dan mula bermeditasi,” ujarnya.



Sepanjang tempoh itu, beliau telah berhenti kerja di kilang akibat tekanan daripada keluarganya sendiri.

Menurut Dharamdev, isteri beliau meninggal dunia pada tahun 2003 diikuti dengan anak lelakinya selepas beberapa tahun.

Walaupun beliau tidak mandi sejak dua dekad, beliau dilihat masih berada dalam keadaan sihat dan penduduk kampung amat menghormati pendirian beliau. - KitaReporters


12
7
0
17
0
You will be interested