Insan & Komuniti 26 Jul, 2022

Video| Eksperimen gagal! Air sungai disangka bersih untuk diminum! Ketua Menteri kini di hospital!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


LAZIMNYA menjadi seorang pemimpin akan jadi ikutan kepada rakyat, tidak kira apa yang dilakukannya pasti dijadikan contoh. Malah apa yang diperkatakan daripada mulut pemimpin juga adalah sesuatu yang baik dan boleh dicontohi.

Baru-baru ini tular di Punjab, India apabila pemimpin utama di negeri itu dikejarkan ke hospital berikutan minum air sungai yang tidak dirawat semata-mata mahu membuktikan kebersihan air sungai itu kepada rakyat.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan air sungai



Kisah unik berkenaan berlakul apabila Ketua Menteri Punjab, Bhagwant Mann bersama pegawai-pegawai utama membuat lawatan ke Sungai Kali Bein sempena ulang tahun ke-22 sungai berkenaan berada dalam keadaan bersih dan terjaga.

Kehadiran Bhagwant ke Sungai Kali Bein di Sultanpurlohi turut diiringi beberapa pembesar negeri dan pegawainya.

Kerana mahu membuktikan kebenaran air sungai tersebut, pemimpin berusia 49 tahun itu membuat ekperimen sendiri dengan minum air berkenan.



Ketika mengunjungi lokasi berkenaan, Ketua Menteri Punjab tersebut kelihatan bersahaja mengambil air dari sungai dengan gelas lalu di minum di hadapan khalayak ramai bagi menyatakan sungai berkenaan bersih. 

Menariknya dia berjaya menghabiskan segelas air yang dicedok sendiri daripada sungai berkenaan sebagai bukti air sungai berkenaan tidak tercemar dan selamat untuk diminum. 



Bagaimanapun selepas dua hari lawatan berkenaan, beliau dikhabarkan tel dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut ketika berada di kediaman di Chandigarh pada 21 Julai 2022 lalu.

Bagaimanapun kisah berkenaan menjadi tular dalam Twitter selepas dikongsikan dalam akaun twitter @Ashok Swain. Malah perkongsian berkenaan disaksikan oleh lebih 13.8 juta dalam Twitter.



Ahli Parlimen Lob Sabha itu dikejarkan ke Hospital Apollo Indraprastha di Sarita Vihar dan dilaporkan dimasukkan ke hospital di Delhi, India.

Bagaimanapun pegawai pemimpin utama itu menafikan tuduhan sebaliknya menjelaskan kemasukan tersebut sebagai pemeriksaan rutin yang dilakukan secara berkala.

Warganet bagaimanapun menyifatkan eksperimen yang dibuat oleh Bhagwant tersebut sebagai 'aksi yang gagal'. - KitaReporters


8
13
0
14
0
You will be interested