Insan & Komuniti 24 Jul, 2023

Terbaiklah TDM Plantation! GLC Terengganu bina 712 rumah untuk pekerja! Pastikan kebajikan terjaga!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memotong riben sebagai gimik perasmian rumah pekerja di Ladang Jaya, Sungai Tong, Terengganu 


TDM Berhad anak syarikat kerajaan negeri Terengganu melalui TDM Plantation Sdn. Bhd. (TDMP) membina 712 unit rumah bagi menggantikan kediaman yang telah usang dan memastikan kebajikan pekerjanya terbela.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek yang menelan kos RM70 juta itu disasarkan siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun bermula 20 Oktober 2021.

Terbaharu katanya, pihak kerajaan  telah menyerahkan  56 unit rumah yang telah siap dibina kepada penerima di Ladang Jaya, Sungai Tong, Setiu, manakala 24 unit lagi kini dalam pembinaan dan 200 unit lagi dijangka akan mula dibina pada tahun ini (2023).

"Kita memulakan projek pembinaan rumah bagi menggantikan rumah lama ini dijalankan secara berperingkat-peringkat melibatkan empat fasa,” katanya.


Dr Ahmad Samsuri beramah mesra dengan seorang penerima rumah


Beliau berkata, tujuannya adalah untuk menambahkan keselesaan, dari rumah kayu yang tidak selesa kepada rumah yang lebih kondusif untuk memberikan keselesaan kepada pekerja bersama anak dan keluarga.

“Projek pembinaan perumahan TDMP ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan khususnya rakyat luar bandar," katanya lagi.

Bukan itu sahaja, TDMP turut menitikberatkan pendidikan anak-anak peladang dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke sekolah untuk memudahkan urusan pembelajaran serta meringankan beban ibu bapa mereka, tambah Menteri Besar. - KitaReporters


Penerima rumah bergambar kenangan bersama Menteri Besar Terengganu selepas menerima kunci rumah

13
9
1
9
0
You will be interested