Insan & Komuniti 06 Feb, 2023

Terbaiklah RMHC McDonald's! Sumbangan Pek Kembali Ke Sekolah! Untuk 260 murid SMK Pasir Besar, Gemas!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


SETIAP kali sekolah bermula, anak-anak dari kumpulan sasaran bertuah menerima sumbangan Pek Kembali Ke Sekolah dari persatuan kebajikan Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia dan saluran dana peribadi untuk Program ‘Felda Digital Maker Hub (FDMH): Coding & Robotic’. Kali ini bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan pada 18 Januari 2023.

Pada tahun 2022, sejumlah RM1.5 juta telah diperuntuk oleh RMHC Malaysia untuk mengagihkan Pek Kembali Ke Sekolah yang diagihkan kepada kira-kira 25,000 kanak-kanak sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara. 

Kini pek itu sedang giat diagihkan secara berperingkat-peringkat sebelum sesi persekolahan bermula pada Mac 2023 ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan persatuan RMHC Malaysia 


Melalui majlis yang diadakan pada pertengahan Januari 2023 itu, seramai 260 kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan (FELDA) Pasir Besar, Gemas menerima Pek Kembali Ke Sekolah, berjumlah RM26,000 keseluruhannya. 

Sementara itu, sekolah Sekolah Kebangsaan (FELDA) Pasir Besar itu juga turut menerima dana biaya sebanyak RM15,000 daripada Yayasan Jaafar Ahmad bagi menubuhkan Kelab Pengekodan dan Robotik di bawah program Felda Digital Maker Hub yang bertujuan mentransformasi pendidikan digital di sekolah-sekolah FELDA.

Yayasan itu ditubuhkan oleh Datuk Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, merangkap Presiden RMHC Malaysia, Ia bertujuan membantu golongan yang memerlukan di sekitar Negeri Sembilan melalui inisiatif-inisiatif bermanfaat ke arah kesejahteraan bersama. 

Nama yayasan ini bersempena dengan nama bapa beliau iaitu Jaafar Ahmad yang merupakan seorang peneroka di FELDA Pasir Besar di Gemas, Negeri Sembilan. 



“Sebagai anak peneroka FELDA, saya rasa bertanggungjawab untuk menyumbang bakti kepada anak-anak FELDA di sini. Sekolah Kebangsaan (FELDA) Pasir Besar merupakan tempat saya mula menimba ilmu ketika di bangku sekolah rendah. Saya amat terhutang budi kepada guru-guru yang telah mendidik saya ketika itu.

”Sumbangan yang disampaikan hari ini merupakan hasrat saya untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan dan sebagai tanda terima kasih saya kepada sekolah yang telah membentuk jati diri saya sehingga berada ke tahap ini. 

“Semoga sumbangan yang disampaikan hari ini mampu menyuntik semangat untuk anak-anak cilik FELDA di kawasan ini, sekali gus membolehkan mereka menjadi insan yang berjaya pada masa hadapan,” kata Azmir.

Sumbangan itu disampaikan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan (FELDA) Pasir Besar, Abdul Rahim Abdullah disaksikan oleh Pengerusi FELDA, Tan Sri Idris Jusoh.

Sementara itu, Idris yang mengalu-alukan  sumbangan itu mengucapkan setinggi penghargaan  kepada rangakaian restoran makanan segara itu kerana sudi tampil memberi bantuan kepada anak-anak peneroka dan berasa sangat bertuah kerana dapat bersememuka dengan ‘permata’ kelahiran FELDA yang telah pun menerpa nama di peringkat global.

 “Saya sangat berterima kasih kepada anak-anak FELDA yang tekah berjaya menjadi insan berjaya hari ini dan tidak pernah melupakan asal-usul mereka kerana kembali ke kampung dan menabur bakti yang tidak terhingga,” kata Idris lagi. - KitaReporters 


11
15
0
10
0
You will be interested