Insan & Komuniti 25 Dec, 2023

Tiada kes suami goda isteri orang di mahkamah Terengganu! Tapi kes isteri ikut lelaki keluar banyak!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Kredit foto: Blogspot


TIADA  sebarang kes suami menggoda isteri orang yang dibawa ke mahkamah syariah negeri Negeri Terengganu, sebaliknya hanya kes penceraian yang banyak berlaku kerana isteri mengikut orang lelaki keluar dari rumah. 

Bgaimanapun, mengikut kesalahan syariah di Terenggnu, mana-mana lelaki menggoda perempuan yang telah mempunyai suami boleh disabitkan denda RM5,000 ataupun berdepan penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


Wan Mohd Zaki


Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata perbuatan menggoda atau memikat isteri orang adalah satu kesalahan syariah mengikut Seksyen 43 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001. 

“Mahkamah syariah juga boleh memerintahkan isteri terbabit supaya kembali patuh kepada suaminya.

“Ini merupakan konsep terdapat dalam syariah sama ada lelaki atau perempuan yang membuat perbuatan tersebut diingatkan sebagai dosa,” jelasnya.



Sebahagian peserta yang hadir pada majlis penyampaian bantuan


Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu Siri Kedua Tahun 2023 di Kenari Ballroom, DSH Batu Buruk Beach Resort, Kuala Terengganu. 

“Setakat ini, Terengganu tiada sebarang kes suami menggoda isteri orang yang dibawa ke mahkamah syariah,” katanya. - KitaReporters


Penerima sumbangan bergambar kenangan bersama urusetia penganjur program

10
12
1
14
0
You will be interested