Insan & Komuniti 13 May, 2024

Akhirnya bidadari kecil baby Halimah pergi jua! Berada di rumah untuk 2 minggu sahaja! Ada hikmahnya!

@hariyati ariffin
Mantan Pensyarah Kanan , dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi di UiTM Shah Alam.

Share this

Adik beradik serta ibu di pusara baby Halimah


Baby 

Halimah sewaktu baru dilahirkan 


Halimatul Saadiah Anang bidadari dilahirkan pramatang serta mengalami kompilasi jantung berlubang. 

Kisah sedih kelahirannya mula mendapat perhatian beberapa penderma apabila ayahnya Anang seorang warga Indonesia tidak dapat menyediakan wang  yang cukup bagi membiayai kos hospital bidadari kecil ini. Beliau merayu meminta bantuan rakan-rakan dan sanak saudaranya mereka tetapi tidak dapat membantunya. 

Bayaran kos hospital sebanyak RM10 ribu telah tertunggak, dan dia hanya dapat dilunaskan sebanyak RM5 ribu sahaja sedangkan Anang terpaksa mencari baki RM5 ribu lagi untuk membawa baby Halimah keluar dari hospital. 

Dengan bantuan beberapa orang yang prihatin terhadap masalahnya, baby Halimatul dapat dikeluarkan dari hospital dan dapat bersama keluarganya di Kampung Padang Jawa, Shah Alam.


Tolong kami! Bantu bayi 2 bulan! Langsaikan bil rawatan hospital yang tak cukup! Ditahan di hospital!


 Syukur! Akhirnya baby Halimah dapat dibawa pulang ke pangkuan keluarga! Selepas 2 bulan di hospital!

Anang mencium buat kali terakhir anak syurganya.


Namun begitu, kegembiraan keluarga Anang hanya sementara sahaja apabila baby Halimah menghembuskan nafas terakhirnya setelah berada di rumah selama dua minggu. Pada 11 April 2024 bersamaan 2 Syawal 1445H, baby Halimah telah kembali kepada penciptanya. 

Keluarga Anang reda atas pemergian baby Halimah yang hanya dapat bersama mereka selama dua minggu sahaja. Sesungguhnya kelahiran baby Halimah terlalu banyak hikmah yang mereka perolehi.



Bagi Anang perancangan Allah lebih baik. Baby Halimah hadir untuk melihat siapa yang akan membantunya apabila dalam kesusahan. Malah sewaktu dia dalam kesusahan dia kenal siapa kawan dan siapa lawan. 

Dia terharu apabila rakyat Malaysia membantunya menyelesaikan masalah bayaran kos hospital isteri dan anaknya. Dia sangat terhutang budi dengan semua pihak yang sanggup membantunya walaupun dia warga asing.  

Anang ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu beliau sewaktu berhadapan dengan masalah kewangan yang dihadapinya serta ketika menyempurnakan jenazah arwah anaknya Halimatus sehingga selesai. - KitaReporters


Sewaktu hayatnya baby Halimah terpaksa minum melalui tiub.

12
10
1
14
0
You will be interested