Golongan kaya memang wajar memperuntuk sejumlah keuntungan untuk bersedekah kepada masyarakat biasa.
Namun masih terdapat golongan berada seolah-olah menunjukkan harta dan memberi sumbangan kepada masyarakat biasa seakan-akan tidak ikhlas.
Cara pasangan suami isteri pengusaha batik di Pekalongan, Jawa Tengah iaitu Ubaidillah dan Fitri Handayani melakukan tradisi dundunan (bayi memijak tanah kali pertama) di depan rumah mereka di Banyurip Gang 2, Banyurip, Kecamatan Pekalongan Selatan, pada Jumaat, 6 September 2024 mendapat kritikan masyarakat.
Ini kerana pasangan jutawan batik itu seperti menunjuk-nunjuk bersedekah ketika mengadakan majlis dundunan sempena majlis menyambut kelahiran ke-40 hari anak lelaki ketiga mereka.
Masyarakat berpendapat jika pasangan jutawan itu hendak memberi sumbangan kepada orang ramai ia perlu dilaku secara tersusun seperti memasukkan wang dalam envelop dan diberi kepada insan yang benar-benar layak.
Dalam video yang tersebar dalam laman sosial, sejumlah pekerja melemparkan wang termasuk wang syiling dari balkoni rumah yang sejumlah RM35 juta (kira-kira RM10 ribu).
Mengetahui adanya majlis dundunan itu menyebabkan ribuan penduduk setempat malah ada dari kawasan lain datang beramai-ramai dan berasak-asak.
Ada yang menunggu sejak awal pagi. Kerana jumlah kedatangan yang luar biasa tamai termasuk kanak-kanak, ada yang pengsan, cedera dan hilang telefon bimbit. Malah pagar rumah turut roboh.
Semakin menuju tengah hari jumlah pengunjung semakin ramai dan keadaan berpusu-pusu tidak dapat dikawal lalu menyebabkan pihak polis terpaksa memberhentikan acara dundunan itu. - KitaReporters