Insan & Komuniti 10 Dec, 2024

Video| Astaga! Kenapa melamar depan Kaabah? Pegang, cium tangan lagi! Habis dikecam teruk netizen!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this



Satu pasangan kekasih dari Indonesia melakukan ibadah umrah bersama dengan sekumpulan rombongan dari negara itu baru-baru ini.

Pasangan itu kemudian membuat perkara kurang wajar iaitu melakukan lamaran ketika berada di depan Kaabah, di Masjidil Haram, Mekah.


Perbuatan pasangan kekasih ini sempat dirakam salah seorang anggota rombongan dan dimuat naik dalam aplikasi X (Twitter) dan diambil oleh sejumlah media sosial di Indonesia dan menjadi tular.

Video lamaran yang dimuat naik oleh akaun @kegblgnunfaedh itu memperlihat seorang lelaki yang mengenakan pakaian ihram, tiba-tiba memeluk seorang wanita yang dipercayai kekasihnya dalam perjalanan menuju ke Kaabah.


Si wanita yang dikenali sebagai Lesti kelihatan kebingungan. Ketika kedua-dua bahunya dipegang, lelaki itu kemudian mengeluarkan cincin lamarannya.

Si lelaki kemudian memegang tangan si wanita sambil mengucapkan kata-kata romantis yang berisi keinginannya untuk menjadikan wanita itu sebagai isterinya di depan Kaabah.


"Hari ini, Isnin 28 Oktober 2024 di Tanah Haram Mekah, dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Desti, wanita tercantik, terbaik dan terindah, jadilah pendamping teman hidup dan mati, sesyurga bersamaku, maukah kau menikah denganku?," kata lelaki itu.

Wanita itu pun menerima lamaran si lelaki, kemudian kedua-duanya saling mencium tangan satu sama lain. 


Momen itu selain dirakam oleh salah satu anggota rombongan umrahnya, turut disaksi oleh beberapa anggota rombongan.

Namun sejumlah netizen tidak setuju dengan cara lamaran dibuat di depan Kaabah itu. Ini kerana, kata mereka, berpegang dan mencium tangan adalah salah kerana belum berkahwin dan bukan mahram. 

Apatah lagi disaksi oleh ramai yang sedang melakukan umrah. - KitaReporters


13
12
0
10
0
You will be interested