Insan & Komuniti 14 Oct, 2023

Tempoh permohonan dilanjutkan sehingga 31 Okt 2023! Geran GPPK terutama untuk persatuan penduduk!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Wakil-wakil Persatuan Penduduk Negeri Terengganu yang hadir Program ramah mesra bersama Ketua Pengarah JPPM.


GERAN Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu Badan Bukan Kerajaan (NGO) terutama Persatuan Penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Ia bertujuan membantu Persatuan Penduduk melaksanakan pelbagai aktiviti kesukarelawanan dan keselamatan komuniti di kawasan masing-masing.

Ketua Pengarah JPPM Mohd Nawardi Saad berkata, di bawah inisiatif tersebut kerajaan meluluskan peruntukan RM20 juta kepada persatuan penduduk di seluruh negara.


Mohd Nawardi Saad menyampaikan replika cek kepada wakil Persatuan Penduduk di Terengganu


Katanya, Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim melalui Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 mengambil inisiatif meneruskan pengagihan geran GPKK kepada persatuan penduduk.

Menurut beliau, setiap persatuan yang berjaya memohon geran tersebut akan menerima RM10,000 bagi manjalankan pelbagai aktiviti untuk manfaat komuniti setempat.

Selain itu, katanya, tujuan utama pengagihan geran tersebut adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan dalam komuniti dan membudayakan keselamatan sebagai tanggungjawab bersama masyarakat.


Pengerusi dan wakil Persatuan Penduduk Negeri Terenggnu bersama replika cek yang diterima sempena majlis ramah mesra dengan Ketua Pengarah JPPM di Kuala Terengganu


Sehingga 27 September 2023, sebanyak 1,635 permohonan diterima dan daripada jumlah itu 1,016 pertubuhan diluluskn pemberian GPPK. Manakala 106 tidak berjaya dan selebihnya masih pada peringkat saringan dan tindakan JPPM negeri.

“Bagi memberi peluang kepada persatuan yang belum memohon pihak JPPM melanjutkan pemohonan sehingga 31 Oktober 2023,” katanya pada sesi ramah mesra bersama Persatuan Penduduk Negeri Terengganu di Perbadanan Perpustakaan Awam negeri Terengganu, Kuala Terengganu pada 10 Oktober 2023.

Di Terengganu, sebanyak 47 permohonan geran diterima manakala 38 daripadanya sudah diluluskan sehingga 8 Oktober 2023.

Beliau mengingatkan pertubuhan yang berdaftar supaya sentisa menghantar laporan aktiviti dan mesyuarat bagi mengelak permohonan geran ditolak oleh jawatankuasa penilai.

Sementara itu, sempena majlis tersebut pihak JPPM negeri turut mengadakan taklimat kesedaran bencana yang disampaikan oleh pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). - KitaReporters


Pegawai APM menyampaikan taklimat mengenai kesedaran bencana kepada peserta

16
10
1
11
0
You will be interested