GAMBAR hiasan... Masyarakat selalu meminta agar ibu bapa diberi hukuman berat kerana mendera anak.
MENGHUKUM anak yang melakukan kesalahan biarlah berpada. Jangan keterlaluan sehingga hukuman itu menjadi penderaan dan kezaliman boleh menyebabkan si bapa akhirnya dihukum.
Peristiwa yang terjadi di wilayah Qalyubia, Mesir ini baru-baru ini boleh dijadikan pedoman buat semua.
Si bapa berusia 34 tahun, mendera anaknya Muhammad D yang berusia tujuh tahun kerana dipercayai mencuri. Hukuman berbentuk penderaan itu dilaku secara keterlaluan.
Beginilah keadaan Muhammad D didera oleh bapanya. - Kredit foto: The Sun.
Si ayah mengikat kedua-dua tangan anak lelakinya pada sekeping kayu di bumbung rumahnya dan menyapu badan kanak-kanak berkenaan dengan madu dengan tujuan agar disengat oleh lebah dan serangga-serangga lain.
Kejadian bermula pada 25 Mei 2021 lalu, seorang jiran melihat Muhammad D sedang mencuri dan melaporkannya kepada si bapa.
Menurut laporan The Sun, dalam sebuah foto yang disiar oleh media tempatan, Muhammad D terbaring di atas lantai di bumbung dengan tangannya diikat di belakang.
Kedua-dua kaki dan tangannya turut diikat pada sebatang kayu dan banyak serangga yang melekat pada badan kanak-kanak tersebut. Kerana dia di luar maka badan si anak turut dipanah matahari terik.
Tidak pasti berapa lama kanak-kanak berkenaan ditinggalkan seperti itu oleh ayahnya.
.
Ibu si anak yang berusia 29 tahun dan baru pulang dari kampung sebelah itu, terkejut lalu menjadi histeria melihat keadaan anaknya yang diperlakukan sebegitu.
Si ibu mengambil foto anaknya didera secara kejam dan melapor kepada agensi perlindungan kanak-kanak.
Wanita itu kemudian mendapatkan bantuan daripada kumpulan perlindungan kanak-kanak setempat. Anak itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Menurut si isteri, suaminya seorang yang panas baran yang sering memukul dirinya dan anak.
Dia juga sudah tidak berminat untuk hidup bersama suami barannya lalu membawa pergi anaknya untuk tinggal di kampung sebelah.
Sementara, lelaki yang bekerja sebagai pemandu tuk-tuk itu telah ditahan oleh polis atas dakwaan penderaan terhadap kanak-kanak.