Insan & Komuniti 08 Feb, 2021

Video| Ebit Lew sumbang 500 lagi tablet! Hasil sumbangan TMJ! Juga beri basikal dan angpau!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


TOKOH amal, Ebit Lew menggunakan sebahagian daripada sumbangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang sudah diterima bagi membeli 500 lagi tablet untuk kegunaan pelajar yang memerlukan gajet bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara online.

Ebit berterima kepada TMJ atas sumbangan itu dan menggunakannya untuk tujuan amal seperti diamanahkan  oleh TMJ.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Ebit Lew:

https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew


Ebit Lew menyerahkan kemeja-T sebagai kenang-kenangan kepada TMJ pada 5 Februari 2021. - Kredit foto: FB TMJ


Dalam pertemuan antara TMJ dengan Ebit dan anggota sukarelawan kerja amalnya pada 5 Februari 2921, baginda mengumumkan pemberian sebanyak RM200,000 untuk kerja amal yang dilaku di seluruh negara.

Pada Januari 2021 lau, Ebit menghulurkan sumbangan sebanyak 1,000 tablet untuk pelajar yang memerlukan. 

Sebahagian tablet itu disumbang kepada sejumlah pelajar dalam kunjungannya ke Sabah iaitu daerah Tawau, Lahat Datu, Kunak dan Semporna baru-baru ini.


Ebit membeli 500 lagi tablet untuk diberi kepada pelajar yang memerlukan.

Ebit memandang bidang pendidikan perlu diutamakan, justeru dia menjadi salah satu insan yang menghulurkan sumbangan dalam membolehkan sejumlah pelajar menerima peranti untuk belajar melalui Internet.

Tokoh amal ini turut menyediakan kemudahan WiFi di kawasan yang tidak mempunyai isyarat Internet yang baik di kawasan pedalaman seperti di Sabah


Berikut  ialah posting lengkap Ebit Lew dalam Instagramnya:

“Doakan ya. Terima kasih TMJ @hrhcrownprinceofjohor. Allah sayang TMJ. Saya gunakan untuk beli 500 Tab untuk 500 pelajar untuk kelas online. Syukur sebahagian dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan."




Kredit foto: FB Ebit Lew


Sementara itu, pada Isnin, 8 Februari 2021, Ebit Liew mengadakan kunjungan ziarah ke satu kawasan perumahan kaum Cina yang banyak dihuni warga tua yang tinggal sendirian.

Golongan warga tua ini dihadiah sejumlah barangan sebagai hadiah Tahun Baharu Cina yang bakal disambut pada Jumaat, 12 Februari ini. Antara barangan yang disampai ialah basikal baru, angpau, kotak limau dan sejumlah barangan dapur Elewsmart.

Warga tua berkenaan penuh gembira menerima basikal baru menggantikan basikal lama yang diguna selama ini.

Mereka juga mengucap terima kasih atas pemberian angpau dan barangan keperluan dapur. - KitaReporters



3
0
0
2
1
You will be interested