Kisah Insan 30 Jul, 2021

Video| Sikap 'biadab' Carl Samsudin: Pak cik Hadi sudah maafkan! Ingatlah, Allah uji kita semua!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


CARL Samsudin seorang usahawan dan influncer sudah mengemukakan permohonan maaf ke atas keterlanjuran bersikap`biadab` ketika menyantuni seorang warga emas dalam sesi penyampaian derma dan ucapan pemaafan itu disambut oleh lelaki tua yang dikenali sebagai Mohd Hadi dengan penuh keikhlasan dan tidak pernah pun kecil hati.

Carl atau nama sebenarnya Muhammad Khalif Samsudin dalam ucapannya dalam Instagram, memohon maaf kerana rakaman video itu seolah-olah menunjukkan dia tidak beradab dan sepanjang hidupnya, dia tidak pernah berniat menghina orang sebab dia dulu pun pernah susah dan meminta bantuan orang lain.

"Sekali lagi jika video pendek itu menimbulkan rasa kurang senang kepada orang ramai saya memohon maaf," katanya yang kemudian memuat naik fotonya bersama Mohd Hadi dalam satu pertemuan khas.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan warga emas


Beliau berkata demikian sebagai mengulas tularnya rakaman yang menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen yang menyifatkan kata-katanya ketika memberi motivasi itu menghiris perasaan warga emas itu.

Carl adalah Presiden yang juga pengasas perniagaan busana wanita Bella Ammara dan produk kecantikan Sugarbelle yang terkenal di seluruh negara.

"Tujuan hidup saya hanyalah ingin membantu memberi manfaat dan mengubah hidup mereka yang memerlukan selain menjadi hamba kepada yang Esa. Jika video itu seperti saya tidak beradab dengan uncle (pak cik) itu saya betul-betul mohon maaf," katanya


 


Gambar yang menjadi tular. - Kredit foto: Mstar


Sementara itu, pak cik Mohd Hadi, 64, warga emas berkenaan pula berkata, dia menyerahkan kepada Allah kerana dia tidak sedikitpun marah atau kecil hati. Walaupun ketika ditemu bual oleh wartawan Bernama, suaranya sayu, sebak dan seolah-olah sedang menahan air matanya. 

"Saya beratus kali sokong kata-kata dia, bahawa Tuhan tidak akan mengubah nasib kita kalau kita tidak mengubahnya. Saya tidak kecil hati langsung. Dia tanya siapa yang boleh tampil ke depan dan dapat RM100. Saya ingat itu adalah rezeki, jadi saya pun angkatlah tangan," katanya mengucapkan terima kasih orang ramai yang sangat prihatin terhadap dirinya.

Mohd Hadi berkata dia sebenarnya dipelawa untuk menumpang bilik yang disewa oleh rakannya di Taman Maluri. Oleh kerana diminta menunggu di Pasar Seni (Central Market) untuk mengambil kunci daripada rakannya yang  tidak tampil sehinggalah dia dibawa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ke Rumah Transit Geladangan Kuala Lumpur.




Carl Samsudin berkata dia telah dijemput oleh Pusat Transit Geladangan Kuala Lumpur (PTGKL) dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) untuk membantu lebih kurang 20 daripada 80 geladangan dalam fasa bangkit dan mengubah hidup dengan membabitkan diri dengan berniaga dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Rancangan  itu dijayakan di bawah insiatif PEMULIH di bawah program Jitu. 

Dan ketika jam 11 pagi itulah semasa berada di dewan makan, dia menjemput mana-mana geladangan untuk berkongsi pengalaman. Daripada pengalaman itulah, dia kemudian memberi motivasi untuk pengajaran kepada semua, bukannya tertumpu pada pakcik itu.

Ushawan itu dan beberapa rakannya memberikan sumbangan pek makanan dikatakan berharga RM50 setiap satu. 



Dalam satu temu bual yang disiarkan oleh Facebook Majlis Ilmu, seorang netizen Sehasta Tigabara, berkata cara percakapan lelaki itu mungkin menunjukkan Mohd Hadi itu mungkin berasal dari suku Bawean dari Indonesia yang kemudian disahkan oleh beberapa orang penontonnya.

Sementara itu, Achey Bocey @Achey Kintangkintung dalam Instagramnya pula berkata: "Tuhan tak hantar kau untuk bantu pak cik tu... tapi tuhan hantar pak cik tu untuk MENGUJI kau‼️... Ternyata kau silap... "



Pelakon Fizo Omar turut memuat naik komen dalam Facebooknya sambil mengingatkan pesanan itu juga untuk diri sendiri.

Beliau menyifatkan bukan begitu caranya untuk memberi nasihat kepada orang tua kerana perbuatan itu seolah-olah memalukan dirinya.  Janganlah bersikap angkuh dan riak bila berdepan dengan warga emas.

"Sayu mendengar luahan pakcik ini dan tengoklah apa komen Sharnaaz itu," kata Janna Nick pula.


Janna Nick. - Kredit gambar: YouTube


Bella Azmi dalam komennya kepada Instagram MuraiMalaysia berkata, "Memang begini sifat orang-orang tua, kalau diorang kecik hati, diorang simpan demi menjaga hari orang muda. Ayat disusun cantik demi menjaga hati kita. 

"Mereka kecil hari tidak mengapa, jangan kita yang terluka dengan kata-kata mereka. Aduh sapa potong bawang ni. I miss my abah," yang mendapat 430 suka dan mendapat 13 komen yang menyokongnya.



Sharnaaz Ahmad dalam Instagramnya (gambar) pula mempertikaikan influncer mengeluarkan kata-kata itu dan menasihatkan pakcik itu menyaman balik dia. 

Beliau berkata jika dihina di khalayak ramai, warga emas itu ada hak untuk saman dia balik dan meminta netizen yang mana ada duit boleh membantu membayar peguam. 

"Tak payah maki dalam media sosial kerana tak guna. Orang-orang macam ni lawan balik, biar dia duduk balik macam mana pakcik itu dihina. 

"Aku rasa satu Malaysia tahu pasal dia ni. Aku tak tahu apa sumbangannya kepada negara sampai dia boleh cakap macam tu kepada orang. Adakah dia pakar motivasi dan apakah kejayaan dia yang kita perlu banggakan. Kepada pak cik yang dihina di khalayak ramai tu, pak cik ada hak untuk saman dia. 

"Pak cik ambillah Lamborghini dia. Pak cik boleh pakai dan ajak geng pak cik semua pi relax, walaupun keadaan tengah tak elok. Pak cik saman dan kita tengok netizen boleh tolong tak guna lawyer ajar dia. 

"Tak guna maki dan lepas dekat media sosial. Kita lawan guna law biar dia terduduk macam mana pak cik kena," kata Sha yang bersedia membayar ganti rugi RM50 yang disedekahkan oleh lelaki itu, tiga kali ganda RM150. - KitaReporters

0
1
0
0
0
You will be interested

Video| Daulat Tuanku! Rakyat Kelantan sudah ada Sultanah! Tapi wajah sebenar cetus kekeliruan!

Sultan Muhammad V lantik Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan dan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra jadi Che Puan Mahkota Kelantan

Alahai kesian! Bayi 6 bulan meninggal dunia! Bapa bawa naik motosikal 500km! Nak tonton bola sepak!

Seorang bayi berusia enam bulan meninggal dunia selepas dibawa naiki motosikal sejauh 500km oleh ibu bapa muda semata-mata mahu tonton perlawanan bola sepak
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 1 day ago

Ustazah Basikal? Kongsi kisah 15 bulan, 14 negara Kembara Memburu Hikmah! Dengan warga Giatmara!

Ustazah Noradilah Mohd Sapie (Ustazah Basikal) rentasi 14 negara dengan kayuh basikal bersama suami, krew jadi perkongsian menarik warga Giatmara Nibong Tebal
Nur Sabrina Samsudin in Kisah Insan 1 day ago

Video| Selamat jalan Sandy @ Olivia Newton-John! Kekasihmu selama-lamanya, Danny @ John Travolta!

Penyanyi legenda Olivia Newton-John meninggal dunia pada usia 73 tahun pada 8 Ogos 2022 di California akibat barah payudara tahap 4t yang dideritai sejak 2018
Kartini Mohd Noor in Kisah Insan 1 day ago

Video| Mak oii! 22 tahun tak mandi! Simbol juangkan keadilan! Tapi warga emas ini tetap sihat!

Dharamdev Dam, 62, warga emas di Bihar tak mandi sejak 2000 sebagai tanda simbolik menentang isu keganasan terhadap wanita, pertikaian tanah, pembunuhan haiwan
Fitri Hazim in Kisah Insan 2 days ago