USAHAWAN perniagaan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 50, bagaikan wakil rakyat ketika turun padang membantu sebahagian mangsa puting beliung di Ipoh, Perak pada 2 Februari 2022 lalu.
Dalam bencana alam pada Isnin, 31 Januari 2022 itu ratusan penduduk di beberapa kawasan perumahan di Ipoh terjejas menyebabkan kerosakan harta benda terutama rumah.
Lagi cerita-cerita sedih berkaitan bencana
DSV menziarah mangsa puting beliung di Ipoh yang terkena musibah bagi menghulur bantuan.
Atas sikap prihatin dan simpati serta semangat Keluarga Malaysia, DSV mengunjungi salah sebuah kawasan perumahan yang terjejas iaitu Kampung Tawas yang mempunyai pelbagai kaum terutama kaum Cina.
Masalahnya kedai-kedai perkakasan (hardware) di Ipoh ditutup kerana cuti Tahun Baharu Cina.
Dengan menggunakan kepintarannya berkomunikasi, DSV berjaya memujuk sebuah kedai hardware dibuka dan menjual keseluruhan zink yang ada dan dibawa dengan lori ke kawasan perumahan itu dan mengupah beberapa orang melakukan kerja pembaikan bumbung.
DSV dengan beberapa kakitangannya memberi beberapa barangan keperluan kepada penduduk. Selain itu DSV turut memberi angpau kepada sejumlah penduduk.
DSV yang boleh bertutur dalam bahasa Cina memudahkan dia berkomunikasi dengan masyarakat Cina. Ada orang Cina yang mengenali DSV dan menyebut namanya.
Selepas itu DSV melawat satu lagi kwasan bencana di Tasik Damai.
Ketika hendak pulang, DSV ditahan oleh seorang penunggang motosikal minta bergambar bersama dengan isteri dan anaknya. Sebagai personaliti terkenal, DSA melayan baik kehendak peminatnya.
DSV percaya rezeki akan bertambah jika membantu orang yang memerlu ketika terdesak. Kredit foo: IG datoserivida
Sebelum ini DSV pernah datang dari Ipoh, memberi sumbangan kepada sebahagian penduduk yang terjejas banjir lumpur yang besar di Hulu Langat, Selangor.
DSV berpendapat, orang yang berkemampuan patut memberi bantuan kepada pihak yang terkesan dengan bencana kerana percaya rezeki akan bertambah jika suka membantu orang-orang yang memerlukan. - KitaReporters