Insan & Komuniti 05 Apr, 2022

Tahniah datuk umur 68 tahun! Usia emas bukan penghalang untuk dapat PhD! Sokongan penuh 9 anak!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


USIA emas bukan penghalang untuk seseorang menyambung pengajian pada peringkat yang lebih tinggi. Setiap orang berhak menimba ilmu dengan usaha yang sangat kuat tanpa mengalah.

Dr Shaikh Mansoor Shaikh Ahmad, 68, berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini dengan pelbagai dugaan dan cabaran.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan warga emas


Beliau mendapat sokongan penuh daripada 9 orang anaknya dari segi kewangan dan dorongan untuk menamatkan PhD tersebut walaupun mempunyai banyak cabaran yang sangat besar.

"Semasa sedang membuat PhD, saya juga telah menghidapi masalah jantung dan telah menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada tahun 2017 selepas proses pengumpulan data. 

"Menuntut ilmu adalah sesuatu yang anda miliki dan tak boleh dicuri jika saya tidak benarkan, sekeping ijazah hanyalah sijil, tetapi ilmu yang diperolehi dapat digunakan kepada pembangunan," katanya.

Untuk capai ke tahap yang tinggi sekarang, banyak liku dilaluinya dalam kehidupan, dari bekerja di makmal sains kimia di universiti tempatan pada 1972 sehinggga menyambung ijazah di Bristol, United Kingdom. 

Kemudiannya beliau bekerja di sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dalam bidang pengurusan dan pembangunan sumber selama 10 tahun.



Bukan itu sahaja, Shaikh Mansoor juga menimba ilmu di luar sana dengan menambah kemahiran dalam komunikasi dengan bekerja sendiri sebagai pemandu teksi bajet dan eksekutif di Lembah Klang. 

Pengalamannya ini mengajar beliau untuk lebih berdikari untuk berurusan dengan pelanggan teksi dari pelbagai kategori dan lapisan masyarakat pada peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Semasa sedang membuat PhD, saya juga telah menghidapi masalah jantung dan telah menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada tahun 2017 selepas proses pengumpulan data,” katanya.

Ingat menuntut ilmu bukan pada waktu sekolah sahaja, tetapi sampai ke hujung hayat. Ilmu itu sangatlah luas, carilah jika berpeluang. - KitaReporters


10
11
0
13
0
You will be interested