Insan & Komuniti 18 Jul, 2020

Takziah! Pengarah veteran, Nurhalim Ismail meninggal dunia!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PENGARAH drama veteran, Nurhalim Ismail, 63, meninggal dunia kira-kira jam 10.30 malam tadi, Jumaat, 17 Julai  2020 di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya setelah menderita sakit kanser paru-paru tahap empat. Jenazah telah selamat dikebumikan pagi ini, Sabtu 18 Julai 2020 di Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya, Selangor. : KitaReporters

Kredit foto: FB Mohd Yusri Mohd Yusof


Nurhalim salah seorang pengasas FDAM


Nurhalim disah menghidap kanser paru-paru tahap 4 Jun 2020 lalu setelah selamat menjalani pembedahan berkaitan jantung di Hospital Serdang, Selangor 

Nurhalim adalah salah seorang pengasas Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) bersama Dr Mahadi J Murat, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Anwardi Jamil, Kamal Ishak (arwah), Othman Zainuddin (arwah) dan M Yusof Mohamad.

Nurhalim juga merupakan pemilik syarikat produksi Nur TV Production. 

Nurhalim ketika menjalani penggambaran drama. Kredit foto: FB Nurhalim Ismail


Dia sempat mengarahkan kira-kira lima peratus drama berepisod ‘Kalung’ terbitan Nur TV  untuk siaran RTM sebelum jatuh sakit dan menyerahkan tugas kepada Hazali Ramli untuk menyiapkannya. 

Selain mengarah drama, Nurhalim turut mengarah beberapa siri rencana dan dokumentari. 

Dia pernah mengarah sebuah filem berjudul ‘Panas’ pada 1998, namun kurang sambutan.

Nurhalim bersama rakan-rakan pelakon. - Kredit foto: FB Zulkifli Ismail


Nurhalim kelahiran Perlis yang merupakan kawan sekolahan bekas wartawan hiburan Ku Seman Ku Hussain bergiat aktif dalam pementasan drama

Ketika remaja, kemudian menjadi antara penyumbang skrip yang produktif drama radio di RTM sebelum bergiat sebagai pengarah drama dan mempunyai rumah produksi sendiri.

Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya, Selangor. - KitaReporters

Kredit foto: FB Anuar Hj Ahmad

0
0
6
0
0
You will be interested