Insan & Komuniti 02 Sep, 2021

Pelanduk dua serupa! Wajah seiras Dwayne ‘The Rock’ Johnson! Eric 'The Cop' Fields jadi buruan!

@rodly fadly
Memulakan kerjaya kewartawanan bersama Mingguan Perdana dan Harian Nasional pada 1983. Pada 1984-1991 menyertai Kumpulan Karangkraf sebagai Pengarang Arena Bolasepak dan Mingguan Sukan sebelum ke Berita Harian (1991-1997). Pemenang Anugerah Penulis Sukan Terbaik Malaysia 1986. Kini penulis bebas.

Share this

Gambar pertama Eric Fields yang dimuat naik dalam Facebook mendapat perhatian pengguna media sosial, kemudian tular pula melalui TikTok. - Kredit foto: Facebook Morgan County Sheriff.



GARA-GARA memiliki wajah seiras pelakon, Dwayne Johnson atau juga dikenali sebagai The Rock, seorang pegawai polis, Leftenan Eric Fields dari Morgan County Sheriff, tiba-tiba mendapat perhatian luar biasa dan popular dalam kalangan pengguna media sosial.

Perbandingan mula dibuat antara bintang filem Jumanji yang juga bekas ahli gusti itu dengan Fields dari Alabama pada awal bulan Ogos 2021 lalu apabila Facebook rasmi Morgan County Sheriff memuat naik gambar pegawai polis itu.

Dalam gambar berkenaan, Field yang juga berkepala botak seperti bintang Hollywood itu, kelihatan bersandar pada van polis sambil tersenyum.


Lagi cerita


Kredit foto: Twitter Eric Fields


Sejak disiarkan, gambar itu menerima sebanyak lebih 2,000 tanda suka, mencetuskan beratus-ratus komen daripada pengguna Facebook yang teruja melihat persamaan wajah kedua-dua individu berkenaan.

“Mengapa ada The Rock dalam gambar ini?” tanya seorang pelayar, sementara seorang lagi berkata: “Adakah itu The Rock?”

Malah ada yang menjadikan ia sebagai bahan jenaka dengan menulis: “Dwayne The Cop Johnson”.


Dwayne 'The Rock' Johnson, bekas ahli gusti yang kini menjadi pelakon. - Kredit foto: Instagram the_rock_.official


Ia kemudian dimuat naik pula dalam TikTok, yang mana seorang pengguna, Chandler yang menggunakan akaun atas nama @chandlerrelyse_, menggesa pengguna agar melihat gambar itu.

“Saya tak fikir anda semua bersedia untuk ini kerana ia memang gila. Tengoklah dia. Anda jangan beritahu saya bahawa dia bukan Mr Dwayne,”  tulis Chandler selepas memuat naik gambar itu, yang kemudian ditonton oleh seramai 1.6 juta pengguna TikTok. “Dwayne The Rock Johnson. Memang dia.”

Pada 26 Ogos, 2021, Pejabat Morgan County Sheriff memuat naikkan pula sekeping lagi Fields melalui Facebook, yang mana jabatan itu mendedahkan pegawainya didatangi seorang pekerja pasar raya Walmart yang meminta untuk bertemu dan mengambil gambar dengan ‘The Rock’.

“Lelaki ini menemui Sarjan Mason dan memberitahunya dia mahu berjumpa pegawai kami yang dihebohkan orang ramai kelihatan seperti The Rock. Sarjan Mason membenarkan dia masuk dan Fields gembira menyambut kedatangannya. 

"Tyler adalah salah seorang pekerja mereka (Walmart) yang rajin dan ia sesuatu yang menggembirakan dapat bertemu dia dan rakan-rakan sekerjanya,” tulis pengendali Facebook pejabat polis itu.


Pekerja pasar raya Walmart, Tyler, teruja dapat bergambar dengan Fields yang memiliki wajah serta fizikal seiras The Rock. Kredit foto: Facebook Morgan County Sheriff.


Dalam gambar itu, Fields yang kelihatan sangat seiras dengan The Rock, berdiri di sebelah pekarja Tyler yang tersenyum. Ia sekali lagi mendapat reaksi luar biasa daripada pengguna media sosial yang menulis pelbagai komen.

Bagi Fields, apa yang dilaluinya sekarang adalah sesuatu yang menyeronokkan. Bagaimana pun, pegawai polis berusia 37 tahun itu yang sudah berkhidmat selama 17 tahun, mendedahkan terdapat beberapa perbezaan ketara antara dirinya dengan The Rock.

“Ingat, tinggi The Rock 6 kaki 4 inci dan berat 260 paun, tapi saya 6 kaki 2 inci, berat badan 230 paun. Itulah perbezaan ketara antara kami,” katanya. - KitaReporters


 

2
0
1
0
0
You will be interested