Insan 23 Sep, 2020

Wanita hebat! OKU inspirasi! 13 kisah Impian Tanpa Sempadan

@fariza saidin
First Editor of HAI Magazine, Jourmalist for WANITA Magazine of Utusan Group of Companies. Asst Chief Sub Utusan Malaysia, Journalist cum Blogger @ CCKakFasonline

Share this

‘BUKAN salah ibu mengandung’ atau seperti lirik lagu nyanyian Datuk Freddie Fernandez, "tidak ku minta lahir ke dunia, tidak ku duga cacat begini…" bukanlah kehendak golongan yang digelar orang kurang upaya (OKU), tetapi hakikatnya itulah yang menimpa diri mereka. : KitaReporters

Ras Adiba Mohd Radhi. - Kredit foto: IG @rasadibaradzi


Namun setiap ujian yang  dilalui ada hikmah disebaliknya, sebagaimana kehidupan personaliti TV, Ras Adiba Mohd Radzi dan wanita lain yang senasib dengannya.

Ras Adiba yang dahulunya berjaya dalam bidang kewartawanan dan kini aktif dalam sukan menembak serta pertubuhan sukarelawan untuk OKU mampu menjadi inspirasi kepada golongan OKU lainnya apabila perkongsian kehidupannya bakal disaksikan melalui program majalah biografi bersiri ‘Impian Tanpa Sempadan’ mulai 24 September 2020 ini menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), setiap Khamis, pukul 10 malam di TV1.

Melalui siaran itu, penonton  dapat melihat bagaimana Ras Adiba, 51, yang dilahirkan dan membesar sebagai manusia normal lumpuh separuh badan setelah melalui tiga insiden malang dalam hidupnya. 

Namun beliau kembali bangkit meneruskan kehidupan setelah 6 tahun menyepikan diri dengan menceburi sukan menembak serta bergiat aktif dalam pertubuhan sukarelawan untuk OKU malah kini bergelar Senator mewakili golongan OKU di Dewan Negara bagi tempoh 3 tahun berkuat kuasa 11 Mei 2020 lalu.

Kisah Ras Adiba bakal  disaksikan pada episod ke-8 daripada 13 episod keseluruhannya yang bakal memaparkan mengenai kejayaan 12 orang wanita OKU lain dalam bidang masing-masing untuk dijadikan inspirasi mereka yang mengalami keadaan seumpama.


‘Impian Tanpa Sempadan’ berkongsi tentang kisah hidup dilalui mereka yang dimulakan dengan paparan latar belakang keluarga, pendidikan, perkongsian masalah sebagai seorang OKU, kisah duka dan jalan penyelesaian bagi setiap dugaan serta permasalahan yang mereka depani sehingga berjaya.

Mereka yang dimaksudkan terdiri daripada golongan atlet sukan wanita OKU seperti Norisah Bahrom, Syarifah Raudzah Syed Akil, Siti Nuraisyah Syahrin dan Nur Azlia Syafinaz, manakala OKU dalam bidang lain adalah Pua Gin Chu (sukarelawan);  Aliah Talib (pelukis); Nur Samawati Mahmud (usahawan); Nor Adzleen Abdul Karim (cef); Eamienor Zakiah Md Zuki (guru dan penulis buku isyarat); Dr. Aizan Sofia Amin (pensyarah kanan); Norimah Ahmad (pengusaha pusat refleksologi) dan  Prof. Dr. Ruzita Mohd Amin (pensyarah).

Episod 1: Norisah Bahrom, atlet sukan tenis

Seorang atlet wanita kurang upaya yang telah mengharumkan nama negara dalam sukan tenis pada peringkat antarabangsa.

Beliau yang menghidap penyakit Spinal Bifida, pernah berputus asa, namun bangkit melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian Orang Cacat, bekerja dan minatnya  yang mendalam terhadap sukan tenis berjaya memperoleh gangsa dalam Sukan Asia Beijing (2008). 

Episod 2 : Syarifah Raudzah Syed Akil, atlet sukan angkat berat

Beliau  mengharumkan nama negara dalam sukan angkat berat (Power Lifting) pada peringkat antarabangsa sejak 2003. 

Syarifah Raudzah berkongsi kisah bagaimana beliau yang lumpuh separuh badan akibat demam panas sejak kecil mengharung kehidupan persekolahan dengan kekurangan sumber kewangan. 

Seterusnya beliau bangkit untuk meneruskan kehidupan, melanjutkan pelajaran dan minat yang mendalam dalam sukan angkat berat berjaya menempatkan diri ke tempat ke-8 dalam acara angkat berat Sukan Olimpik London pada tahun 2012. 

Episod 3 : Pua Gin Chu, sukarelawan

Banyak melibatkan diri dalam usaha sukeralawan membantu masyarakat OKU melalui Yayasan Beautiful Gates kelolaan beliau dan merupakan salah seorang Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi ADUN Bandar Utama. 

Pua Gin Chu berkongsi kisah bagaimana beliau yang lumpuh separuh badan akibat darah beku pada saraf tunjang hampir membunuh diri. Tetapi, beliau bangkit untuk meneruskan kehidupan, melanjutkan pelajaran dan kembali menabur khidmat kepada masyarakat OKU yang lain. 

Episod 4 : Aliah Talib, pelukis

Berkongsi inspirasi kejayaan hasil lukisan beliau yang banyak dipamerkan pada peringkat antarabangsa. Aliah, yang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan membuat beliau malu dan rendah diri sehingga tidak mahu bersekolah.  Namun, beliau bangkit meneruskan kehidupan dan seterusnya menjadi seorang pelukis berjaya. 


Episod 5 : Nur Samawati Mahmud, usahawan

Kejayaan beliau dalam perniagaan dalam talian meskipun dilahirkan dengan penyakit Serebrum Palsi (Cerebral Palsy) membuatkan Nur Samawati merasa malu dan sukar untuk meneruskan kehidupan sebagai manusia normal. 

Tetapi demi kelangsungan kehidupan, beliau membantu mempromosikan produk kicap dan sos yang diusahakan oleh kedua ibu bapanya melalui laman sosial dan ternyata tugasannya di sebalik media sosial itu  berjaya dimanfaat sepenuhnya. 

Episod 6 : Siti Nuraisyah Syahrin, atlet sukan angkat berat

Mula berjinak secara serius dalam bidang sukan angkat berat, Siti Nuraisyah berkongsi kisah bagaimana beliau yang kehilangan kedua-dua belah kaki akibat kemalangan ngeri membuatkannya trauma dan sukar meneruskan kehidupan. 

Seterusnya, beliau berkongsi pengalaman bagaimana melibatkan diri secara aktif dalam sukan angkat berat sehingga berjaya meraih pingat emas pertama peribadi beliau di acara Sukan SUKMA 2018. 

Episod 7 : Nor Adzleen Abdul Karim, cef

Individu yang menyumbang aspirasi kejayaan dalam bidang perniagaan pastri dan bakeri ini dilahirkan normal tetapi cacat pendengaran akibat demam panas waktu kecil. 

Pada episod ini, penonton dapat berkongsi pengalaman bagaimana beliau kembali bangkit meneruskan persekolahan dengan mendapatkan pendidikan khas dan seterusnya dalam bidang pengajian perhotelan. 

Tetapi minatnya dalam bidang masakan pastri dan bakeri membuatkan  beliau beralih  menjadi pengusaha kedai bakeri yang berjaya. 

Selepas menyaksikan perkongsian cerita Ras Adiba Radzi pada episod ke 8, episod 9 diteruskan dengan kisah Eamienor Zakiah Md Zuki, guru dan penulis buku isyarat.

Episod 9: Eamienor Zakiah Md Zuki, guru dan penulis buku isyarat

Wanita ini aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan khasnya untuk golongan bisu dan pekak. Eamienor Zakiah berkongsi kisah bagaimana beliau merupakan seorang yang dilahirkan bisu dan pekak mengharungi kehidupan yang sukar. 

Namun, beliau kembali bangkit meneruskan kehidupan dan berjaya menamatkan pelajaran di politeknik dalam jurusan Sijil Khas Kemahiran Kejuruteraan Awam sehingga menjadi guru khas dan kini memegang jawatan sebagai Setiausaha Kehormat kepada Persekutuan Orang Pekak Malaysia (Malaysian Federation of the Deaf). Beliau turut aktif dalam menulis buku-buku bahasa isyarat khasnya untuk golongan yang normal. 

Episod 10 : Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais, atlet lumba basikal paralimpik

Beliau mengharumkan nama negara dalam acara lumba basikal sukan paralimpik pada peringkat antarabangsa. 

Nur Azila berkongsi pengalaman bagaimana beliau kembali bangkit meneruskan kehidupan dengan menerima pendidikan khas dan seterus aktif dalam acara lumba basikal sehingga meraih 4 buah pingat emas dan sebuah pingat perak dalam acara Sukan Para ASEAN pada tahun 2017.

Pencapaian tertinggi beliau adalah di Sukan Para ASEAN pada tahun 2018 dengan menyumbangkan sebanyak 3 buah pingat emas dan sebuah pingat gangsa. 

Nur Azila. - Kredit foto: The Star.

Episod 11 : Dr. Aizan Sofia Amin, pensyarah kanan

Seorang pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, UKM, Dr. Aizan bergiat aktif dalam memperkasakan golongan OKU di Malaysia. 

Beliau berkongsi kisah bagaimana  dilahirkan normal tetapi kehilangan sebelah kaki pada usia 16 tahun akibat kanser tulang, namun bangkit meneruskan kehidupan sehingga berjaya menamatkan pelajaran dalam pengajian peringkat kedoktoran falsafah di Universiti of Glasgow, United Kingdom. Seterusnya Dr. Aizan memulakan kerjaya sebagai pensyarah sehingga kini dan turut bergiat aktif dalam memperkasakan golongan OKU. 

Episod 12 : Norimah Ahmad, pengusaha pusat refleksologi

Seorang pengusaha pusat refleksologi yang berjaya, Norimah berkongsi kisah bagaimana beliau merupakan seorang yang dilahirkan dengan masalah penglihatan sehingga membuatkannya sukar untuk meneruskan kehidupan seperti manusia normal. 

Beliau berjaya menamatkan pengajian dalam bidang refleksologi walau pun  terpaksa melepaskan Sijil Pelajaran Malaysia yang diduduki sebanyak 5 kali demi mendalami bidang itu. Dan, atas usaha gigihnya itu, Norimah berjaya membuka pusat refleksologi serta menerima beberapa anugerah khas. 

Episod 13  Prof. Dr. Ruzita Mohd Amin, pensyarah 

Selama 30 tahun sebagai seorang pensyarah di Jabatan Ekonomi, UIAM berkongsi kisah bagaimana beliau merupakan seorang yang dilahirkan normal menjadi lumpuh kedua belah kaki akibat serangan demam panas dan juga perkongsian kisah keperitan hidup beliau dalam keluarga setelah kematian bapa. 

Pun begitu, beliau bangkit dan berjaya menamatkan pelajaran dalam pengajian peringkat kedoktoran falsafah di Rensselaer Polytechnic Institute, New York, Amerika Syarikat. Seterusnya, beliau memulakan kerjaya sebagai pembantu profesor di UIAM dan kini bergelar profesor.  

Wow! Hebat dan menarik kisah kesemua personaliti OKU ni kan? Memang bagus ditonton dan dijadikan inspirasi kepada mereka yang berhadapan masalah sama. 

Apa pun, bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, boleh menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my) malah rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. - KitaReporters

Dr. Ruzita Mohd Amin. - Kredit foto: MRT Corp.

You will be interested

Mulia sungguh guru, staf SK Lemoi! Tak abai anak Orang Asli!

4 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Lemoi, Cameron Highlands hantar lembaran kerja, bahan belajar kepada anak-anak Orang Asli di empat perkampungan jauh dekat hutan

Adnan Mohamad in Insan 2 days ago

Budak 14 tahun! Pelajar paling muda miliki ijazah di India!

Seorang budak 14 tahun dari Hyderab, Agastya Jaiswal menjadi pelajar paling muda di India yang berjaya menamatkan pengajian pada peringkat ijazah di universiti
Zuhayati Yazid in Insan 21 hours ago

Semua nak tengok wajah anak Fazura! Tak perlu tohmah sumbing!

Sudah dua bulan Nur Fazura dikurniakan anak sulung, Nur Fatima Aisya namun wajah penuh anak comel itu belum didedahkan maka timbullah tohmahan anak itu sumbing
Fariza Saidin in Insan 23 hours ago

Dikurung selama 28 tahun! Oleh ibu sendiri di dalam biliknya

Seorang ibu kurung anak lelakinya sendiri di bilik di flat kediamannya di Haninge, Stockholm. Mengejutkan anak itu dikurung selama 28 tahun sejak usia 12 tahun
Zuhayati Yazid in Insan 1 day ago

Di sebalik ujian ada rahmat! Di sebalik kesusahan ada Ebit!

"Di mana ada kesusahan, di situ ada Ustaz Ebit Lew." Mungkin itu ayat yang tepat untuk gambarkan keprihatinan Ebit Lew dalam laksanakan segala macam kerja amal
Fariza Saidin in Insan 2 days ago