SANGAT biadap! Video memilukan jenazah seorang pemuda Palestin yang syahid dibunuh tentera genosid Israel dikaut jentolak kini sedang tular dalam media sosial. Video itu dikongsi oleh pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman dalam laman Facebook miliknya. : KitaReporters.com
Gambar tangkapan skrin (screenshot) dari video.
Menurut Muhammad Nadir, pemuda syahid tersebut ditembak ketika cuba untuk menyusup ke kawasan yang dikawal tentera regim aparteid Israel di Selatan Gaza bersama seorang rakannya.
Ketika penduduk kampung berkumpul untuk menyelamatkan dua pemuda itu, sebuah jentolak telah masuk ke kawasan Palestin dan melanggar rakan kepada pemuda syahid tersebut.
Ia menyebabkan penduduk kampung yang lain bertempiaran lari menyelamatkan diri, lebih-lebih lagi apabila sebuah kereta kebal turut masuk ke tempat tersebut.
Gambar tangkapan skrin (screenshot) daari video.
Jentolak itu kemudiannya mengaut jenazah pemuda tadi dan mengangkatnya dalam keadaan tergantung menuju ke tempat Israel.
Video berdurasi lebih dua minit itu merakam peristiwa tersebut dan turut kedengaran suara penduduk kampung yang marah dengan tindakan tentera genosid Israel tersebut.
Hamzah, anak yang ditinggalkan Allahyarham Muhammad An-Naim bersama ibu An-Naim. - Foto: Facebook Nadir Al-NuriMenurut Muhammad Nadir lagi, pemuda yang syahid tersebut bernama Muhammad An-Naim.
Beliau meninggalkan seorang anak lelaki yang masih kecil bernama Hamzah.
Muhammad Nadir turut memaklumkan bahawa tentera Palestin telah melancarkan lebih 30 roket ke arah negara aparteid Israel sebagai reaksi kepada pembunuhan Muhammad An-Naim.
Untuk rekod, Muhammad Nadir merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang menetap di Gaza. - KitaReporters.com
https://www.facebook.com/nadiralnuri/videos/3011075605578351/