JEMIMA Goldsmith adalah antara wanita yang paling bimbang apabila Imran Khan, 70, bekas Perdana Menteri Pakistan yang juga bekas pemain kriket terkemuka dunia dari negara itu ditembak dalam satu perhimpunan Long March (perjalanan yang panjang) pada Jumaat, 4 November 2022 kerana mereka pernah berkahwin dan ada dua anak lelaki.
“Khabar berita ini sangat menakutkan kami dan syukurkan dia selamat. Terima kasih juga daripada anak-anak kepada wira yang berjaya mematahkan halangan lelaki bersenjata itu," kata Jemima yang kini tinggal di United Kingdom (UK) selepas bercerai pada 2004 dengan Imran.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan negara dan warga Pakistan
Jemima kini menjadi produser dan penulis serta pengasas stesen televisyen, Instinct Productions dan pernah terbabit membantu syarikat pembikinan drama bersiri untuk Neflix yang membabitkan kisah hidup Lady Diana.
Dia adalah anak perempuan ahli perniagaan billionir di negara itu dan antara kawan akrab mendiang Lady Diana Spencer, bekas isteri Raja England, Charles.
Jemima dan Imran memiliki dua anak, Sulaiman Isa Khan dan Qasim Khan.
Imran Khan @ Imran Ahmed Khan Niazi adalah bekas pemain kriket Pakistan yang bertukar kerjaya sebagai ahli politik sehingga menjadi Perdana Menteri (PM) Pakistan dari Ogos 2018 sehingga April 2022. Dia kemudian dipaksa meletakkan jawatannya akibat kalah dalam undi tidak percaya.
Imran dikatakan ditembak pada betisnya ketika berucap di atas van dan dikejarkan ke hospital. Dia dilaporkan stabil.
HomeWorld News turut melaporkan ucapan terima kasih bagi pihak anak-anak dan bekas isterinya dalam percubaan membunuh bekas perdana menteri berkenaan yang dikatakan dilakukan secara peribadi selepas pengakuan dibuat oleh penyerangnya.
Tetapi dalam kalangan ahli politik yang memihak kepada Imran percaya, ia dilakukan oleh "orang dalam" sebagai cubaan mematahkan perhimpunan bantahan diadakan yang menuntut pilihan raya umum diadakan dengan segera.
Jemima Goldsmith (gambar) turut menyampaikan takziah kepada penyokong parti bekas suaminya yang terbunuh ketika bergelut menahan penyerang berkenaan dan beberapa orang lagi dilaporkan cedera.
Pegawai polis di daerah Wazirabad, tempat berlakunya kejadian, dilaporkan terbunuh dan beberapa orang parti Imran juga cedera.
CNN melaporkan Shehbaz Sharif yang mengambil alih jawatan PM daripada Imran bersama tokoh pemimpin dunia termasuk Kanada, mengutuk kejadian itu sambil meminta siasatan disegerakan.
Imran yang baru masuk hari ketujuh berkempen menjelajah ke beberapa bandar raya negara itu dikenali sebagai “long march” bermula di Lahore pada 28 Oktober 2022 lalu, sebelum tiba ke Islamabad untuk acara perhimpunan mendesak supaya pilihan raya diadakan pada Ogos 2023.
Sementara itu anak sulung pasangan itu, Sulaiman Isa Khan boleh dianggap sebagai bapa borek, anak rintik dan ke mana kuah kalau tidak ke nasinya kini lebih tertumpu aktif dalam politik di tanah kelahiran ibunya, di London. Dia membantu bapa saudaranya, Zac Goldsmith dalam kempen pilihan raya termasuk memujuk undi dalam pemilihan Datuk Bandar London.
Sulaiman Isa Khan dilahirkan pada 18 November 1996 di London dan adiknya, Qasim Khan pada 10 April 1999.
Awal usia dihabiskan di Pakistan, tetapi selepas ibu bapa mereka bercerai, kedua-duanya mengikuti Jemima balik ke London dan khabar mengenai mereka tidak banyak disiarkan demi keselamatan.
Media UK turut membuat liputan kehadiran Sulaiman Isa yang aktif dalam sayap pemuda parti pimpinan Zac Goldsmith yang dilantik sebagai Datuk Bandar London.
Menurut laporan akhbar di London Newspaper, Sulaiman Isa Khan adalah orang muda yang bijak dan berharap untuk menjadi pemimpin politik bagi membantu mengubah masa depan masyarakat.
Hobinya membaca, bersantai bersama keluarga, menonton wayang dan bermain kriket. Bapanya, Imran Khan berkahwin sebanyak tiga kali - dengan Jemima, Reham Khan dan Bushra Maneka. - KitaReporters