Insan & Komuniti 13 May, 2024

Syawal yang bermakna! Sahoca Bikers Legends santuni anak istimewa, yatim! Kelas PPKI SK Padang Terap

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this


Satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada 28 April 2024 lalu, bagi meraikan anak-anak istimewa kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Padang Terap, Kedah (SKPT). 

Seramai 24 ahli Kelab Sahoca Bikers Legends  telah menyertai program ini yang diketuai Mohamad Rozlan Said.

Dibantu oleh Muhammad Akif Mark, Noor Hisham Bahadon serta rakan-rakan lain, program ini hasil usaha bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), Alor Setar, Kedah. 

“Program ini bertujuan meraikan anak-anak istimewa dan pelajar yatim di sekolah tersebut sempena Hari Raya Aidilfitri," kata Mohamad Razlan. 

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua penyumbang untuk program Sahoca Bikers kali ini. “Moga kerjasama ini berterusan pada masa hadapan,“ katanya. 



Pelajar-pelajar bergambar bersama ahli-ahli Sahoca Legends dan sumbangan Smart LED TV yang diterima.


Tambah Mohamadd Razlan, program ini adalah antara program dan aktiviti amal Sahoca Bikers yang telah disusun untuk 2024.

Sementara itu, Suzana Abdul Hamid, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKPT, mengucapkan terima kasih kepada Sahoca Bikers yang memilih SKPT sebagai lokasi untuk program hari raya mereka. 

Menurut Suzana, pihak sekolah berbesar hati dengan kehadiran Sahoca Bikers ke SKPT tersebut untuk meraikan para pelajar istimewa dan anak yatim di sekolah berkenan. 

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Sahoca Bikers yang memilih SKPT sebagai lokasi untuk program hari raya mereka seterusnya menggembirakan anak-anak istimewa dan pelajar di sini," ujar Suzana lagi. 

Pihaknya, kata Suzana, sentiasa menglu-ngalukan mana-mana NGO dan persatuan yang sudi membantu dan menggembirakan para pelajar kurang mampu di sekolah ini. 

Majlis tersebut yang berlangsung dengan meriah dihadiri 6 guru bertugas dan seramai 62 pelajar-pelajar. Turut hadir Mohd Fairus Junoh, Guru Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi SKPT.


Mohamad Rozlan Said menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar-pelajar.


Sebelum itu, ketibaan Sahoca Bikers Legends disambut meriah oleh pelajar-pelajar yang teruja melihat kehadiran ahli dan motor besar di kawasan sekolah mereka. 

Dalam majlis sambutan hari raya itu juga pihak Sahoca Bikers telah menyumbang sebuah television Smart LED TV untuk kegunaan para pelajar kelas khas tersebut. 

“Terima kasih kepada penyumbang untuk program Sahoca Bikers kali ini. Moga kerjasama ini berterusan pada masa hadapan, “ kata Mohamad Razlan. 

Para pelajar tersebut juga diraikan dengan jamuan makanan tengah hari, hadiah untuk pertandingan kuiz dan duit raya. 

Sebelum bersurai, ahli-ahli mengambil kesempatan menyantuni para pelajar tersebut dan beramah mesra dengan mereka. - KitaReporters


Beberapa ahli Sahoca Bikers bergambar bersama Mohd Fairus Junoh @ Ismail (berdiri, kiri sekali) dan Suzana Abd Hamid (duduk, kanan).


Ahli-ahli kelab Sahoca Bikers Legends yang ikut serta. 

22
16
0
12
0
You will be interested