Insan & Komuniti 07 Sep, 2022

Video | Pelanduk dua serupa! Muka dia macam Elfira Loy la! Pekerja kedai makan muka seiras pelakon!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


Sebuah video memaparkan seorang gadis yang bekerja di kedai makan dilihat mempunyai rupa paras seperti pelakon Elfira Loy telah mendapat perhatian orang ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial yang bernama @nrl.syaqilah, kelihatan pandangan dari sudut dekat dan senyuman gadis itu seperti pelakon tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Elfira Loy


“Semalam kami makan di satu kedai makan. Kami nampak adik manis ini. Muka dia sama macam Elfira Loy la,” katanya dalam laman aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial turut bersetuju serta berkongsi pengalaman makan di restoran itu apabila ternampak gadis berkenaan.



“Saya pun makan di situ hari itu. Memang sama muka dia,” kongsi @aidahbangi.

“Ya betul, tengok muka seiras Elfira Loy,” ujar @DamianaJun.

“Setuju, minggu lepas makan di sini. Masa tengok adik ini memang terdetik cakap cantiknya muka seperti Elfira Loy,” jelas @salwanna. - KitaReporters


11
8
0
8
0
You will be interested