Insan & Komuniti 09 Jan, 2023

Alasan datang baiki kereta kekasih rosak! JAIM cekup duda, isteri orang! Dah bersekedudukan 7 bulan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

PEGAWAI penguat kuasa JAIM (kiri) menyoal siasat satu pasangan kekasih dipercayai bersekedudukan sejak tujuh bulan lalu di Serkam, Jasin, Melaka. - Kredit foto : JAIM


ALASAN seorang duda yang mengatakan dia datang ke rumah seorang wanita semata-mata untuk membaiki kenderaan `kekasihnya’ rosak tidak berhasil apabila dia dicekup oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersama wanita itu akibat bersekedudukan secara haram sejak tujuh bulan lalu di sebuah rumah di Serkam, Jasin, Melaka.

Dalam Operasi Sentuhan Kecundang yang diadakan pada pukul 7.05 malam, 5 Januari 2023 itu, petugas penguat kuasa JAIM turut menahan seorang remaja perempuan berumur 16 tahun selain pasangan terbabit masing-masing berumur 50 tahun.

Remaja perempuan itu adalah anak kepada wanita berkenaan yang masih berstatus isteri orang.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan kesalahan bersekedudukan

CHE SUKRI CHE MAT


Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, alasan yang diberikan oleh duda itu tidak munasabah sedangkan hasil risikan pihaknya sejak beberapa minggu lalu sebelum serbuan dilakukan mendapati mereka dipercayai telah bersekedudukan selama tujuh bulan.

Beliau berkata, semasa serbuan dijalankan pada hari itu, JAIM mendapati tiga individu berkenaan berada di rumah tersebut dan mereka bukan pasangan mahram.

Menurutnya, pasangan terbabit mengaku bahawa mereka bukanlah pasangan suami isteri yang sah setelah gagal menunjukkan sebarang dokumen. `

`Wanita itu juga mendakwa dia telah ditinggalkan oleh suaminya sejak tujuh bulan lalu dan kini sudah menfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah,’’ katanya. 

Duda terbabit pula memberi alasan dia datang ke rumah wanita itu hanya untuk membaiki kenderaan pasangannya yang rosak supaya mereka tidak dicekup oleh petugas penguat kuasa JAIM. 


PASANGAN kekasih (duda dan isteri orang) termasuk remaja perempuan yang dicekup dalam Operasi Sentuhan Kecundang oleh JAIM di Serkam, Jasin, Melaka. - Kredit foto: JAIM 


Bagaimapun, kata Che Sukri, daripada hasil pemeriksaan pihaknya di dalam rumah wanita itu menjumpai beberapa helai pakaian kekasih wanita itu berada di ruang tamu dan disimpan di bilik.

``Kita mengambil masa beberapa minggu untuk menjalankan siasatan terhadap pasangan terbabit yang bersekedudukan tanpa nikah  dan pergerakan serta tingkah laku mereka dikatakan agak licik,’’ katanya.

Kesemua mereka itu dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 yang membawa hukaman denda RM3,000 atau 24 bulan penjara ataupun kedua-duanya sekali jika disabit dengan kesalahan tersebut. - KitaReporters


  

14
10
0
15
1
You will be interested