Insan & Komuniti 06 Oct, 2024

Video| Solat jangan dilupakan! Solatlah jika pun di atas kaki lima! Penjual minuman terima pujian!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Selain minuman sejuk, turut diniaga secara keliling ialah minuman panas terutama kopi dan teh. Basikal biasanya diguna dengan membawa tong air panas dan sejumlah jenama kopi dan teh kampit. 

Penjual sama ada berhenti berjualan di satu-satu destinasi atau terus berkayuh sehingga dipanggil pelanggan.

Bagi umat Islam yang patuh, solat adalah perkara wajib yang perlu dilakukan tidak kira di mana dan situasinya. Namun masih ramai umat Islam yang meninggalkan kewajipan itu.

Ia termasuk ketika berniaga. Ramai umat Islam yang tidak bersolat ketika berniaga dengan alasan ia boleh menjejaskan pendapatan dan takut barang dagangan hilang ketika bersolat.



Solat bukan hanya boleh dilakukan di masjid atau surau. Jika sedang berniaga, si peniaga boleh bersolat di tempat dia berniaga tanpa perlu ke masjid atau surau.

Seorang penjual minuman keliling di Jakarta dipuji dengan tidak meninggalkan solat ketika berniaga.

Seorang netizen berjaya merakamkan seorang penjual minuman keliling di salah sebuah jalan protokol (jalan utama) di Jakarta baru-baru ini.

Si penjual minuman ini dilihat melakukan solat atas kaki lima (trotoar) jalan.

Selesai solat, si penjual mengangkat kedua-dua tangannya dan berdoa. Sementara basikalnya diletakkan di sisi kanan belakangnya.

Video bersolat atas kali lima jalan ini dimuat naik dalam Instagram @infoduniaa_, pada Khamis, 3 September 2024 dan kini tular.

"Sebesar apa pun penghasilanmu tidak akan bisa menggantikan rakaat solat yang kau tinggalkan," tulis keterangan video tular itu.

Ia menerima pujian daripada para netizen dan mendoakan si penjual itu terus mendapat rezeki yang berkat. - KitaReporters

12
11
0
11
0
You will be interested