Insan & Komuniti 12 Jan, 2026

Bantuan persekolahan Madani! Oleh JMB Blok A, Desa Cemara, Seberang Jaya! Dan Kerajaan Negeri Melaka!

Share this

Walaupun sesi persekolahan baharu telah bermula pada 12 Januari 2026, pelbagai pihak sama ada individu maupun pertubuhan bukan kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan menjelang sesi persekolahan.

Ia turut melibatkan pelbagai pihak bagi membantu pelajar-pelajar daripada golongan asnaf dan B40.


Salah seorang pelajar asnaf menerima sumbangan peralatan sekolah daripada pihak penganjur di Desa Cemara, Seberang Jaya.

Inisiatif diambil oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) Blok A, Desa Cemara, Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah dengan menyumbangkan peralatan sekolah pada malam Sabtu, 10 Januari 2026 banyak membantu meringankan beban keluarga. Apalagi dengan kos yang semakin meningkat.

Lebih menarik lagi majlis sumbangan diselangselikan dengan persembahan 'Marhaban Berzanji' oleh anak-anak tahfiz berusia antara 10 hingga 13 tahun dengan alunan suara yang berjaya menarik perhatian pelajar-pelajar seusia sekitar kawasan terbabit.


Pelajar tahfiz dari Jalan Baharu, Perai yang menuhi cuti sekolah mereka dengan aktiviti bermanfaat seperti marhaban berzanji. 

Persembambahan menarik marhaban berzanji oleh pelajar berusia 11 hingga  13 tahun berjaya menarik perhatian pelajar seusia setelah dipersembahkan sebelum sesi persekolahan baharu bermula.

Terbukti bahawa banyak aktiviti cuti sekolah dan menjelang sesi persekolahan baharu mulai minggu ini seperti program khatan perdana, khatan madani, gunting rambut percuma dan sumbangan 'Back to School' banyak membantu masyarakat dan komuniti marhaen. 


Sebahagian daripada pelajar sekolah sekitar kawasan tersebut bersama peralatan persekolahan yang diterima

Sementara itu, di Melaka, sesi persekolahan yang bermula pada 12 Januari 2026 memperlihat seramai lebih 155,000 pelajar menerima manfaat sebanyak RM150 setiap pelajar melalui Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Bantuan awal tersebut membabitkan pelajar tahun 1 hingga tingkatan 6 dan melibatkan sebanyak 319 buah sekolah dengan jumlah bantuan sebanyak RM23.31 juta.


Para pelajar kelihatan tenang dalam program BAP di Melaka pada 12 Januari 2026.

Salah seorang pelajar yang menerima BAP turut disantuni Menteri Besar Melaka, Abd Rauf Yusoh.

BAP bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa serta memberi keyakinan kepada para pelajar untuk memulakan persekolahan.

Sebelum ini kerajaan Madani telah mengumumkan BAP akan diteruskan dengan pemberian secara one-off kepada lebih 5.2 juta pelajar sekolah melibatkan keseluruhan peruntukan sebanyak RM800 juta.

Adalah diyakini BAP banyak membantu ibu-bapa dan waris dalam menangani masalah kewangan khususnya apabila sesi persekolah baharu bermula. - KitaReporters


Para pelajar SMK Kampung Gelam,Melaka disantuni Abd Rauf Yusoh dalam program Bantuan Awal Persekolahan pada 12 Januari 2026.

19
9
0
14
0
You will be interested