Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menasihatkan agar komuniti maritim lebih berhati-hati apabila keluar ke laut khususnya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.

Bahagian
Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut di Lumut, berkata, kapal yang
digunakan juga hendaklah berada dalam keadaan baik dan mampu beroperasi sesuai
dengan keadaan perairan Selat Melaka yang agak bergelora.
Beliau
berkata, angin kencang dan hujan lebat mampu meningkatkan risiko ombak tinggi
serta penglihatan yang terhad.
Demi
keselamatan, orang ramai dinasihatkan mematuhi amaran cuaca dan mendapatkan
maklumat awal dari pihak berkuasa sebelum keluar ke laut.
Hujan lebat dan cuaca buruk yang melanda negara sejak beberapa hari kebelakangan ini turut memberi kesan kepada beberapa lokasi di perbatasan perairan negara.
Antara lain, fenomena cuaca ekstrem itu telah menyebabkan insiden tanah runtuh di pelbagai lokasi di Pulau Jarak, sekali gus menimbulkan risiko kepada keselamatan anggota bertugas dan warga awam yang berada di pulau tersebut.

Mangsa yang terkandas di Pulau Jarak.

Begitulah nasihat TLDM ekoran dua kejadian berasingan dengan kejadian pertama membabitkan sembilan orang awam yang sedang melaksanakan senggaraan suar telah terkandas di Pulau Jarak.
Susulan itu,
sebuah helikopter Super Lynx telah diatur gerak bagi melaksanakan pemindahan
dari lokasi yang dinilai tidak lagi selamat diduduki.
“Melalui tindakan pantas serta koordinasi rapi, kesemua mangsa terkandas telah berjaya diselamatkan seterusnya dipindahkan dari kawasan berisiko tinggi tersebut,” katanya dalam kenyataan pada 27 November 2025.

Dalam insiden kedua di perairan Pulau Perak, Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat (Maritime Rescue Sub–Center atau MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.00 pagi selepas menerima laporan sebuah bot karam akibat cuaca buruk.
Menurut
kenyataan itu, KD Ledang telah diaturgerakkan ke kawasan pencarian untuk
melaksanakan operasi secara berterusan.
“Hasil
tindakan efektif di lapangan, kesemua sembilan belas 19 orang mangsa berjaya
ditemui pada jam 10.15 malam semalam (Rabu, 26 November 2025), termasuk seorang mangsa yang disahkan
meninggal dunia.
“Mangsa yang terselamat diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan kapal sebelum dibawa ke daratan untuk tindakan lanjut,” katanya. - KitaReporters