Insan & Komuniti 19 Feb, 2026

Peduli Kasih Ramadan! Golongan asnaf dan miskin tidak dipinggirkan! Anak-anak penuhkan ruang solat!

Share this

Seperti kebiasaan dan lumrah, golongan asnaf dan miskin tetap menjadi prioriti program Peduli Kasih sempena Ramadan Al-Mubarak.


Bakul makanan yang penuh dengan keperluan asas disumbangkan bagi meingankan beban golongan terbabit.

Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersama Ahli Majlis tetap prihatin dan turun padang menyantuni golongan tersebut pada 16 Februari 2026.

Golongan berpendapatan rendah dan warga barisan hadapan MBPP yang menjaga kebersihan bahagian pulau diraikan dengan sumbangan bakul makanan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, garam, kicap dan sebagainya.

Lebih menarik lagi ialah sepasang telekung solat yang baharu untuk kegunaan kaum ibu turut diinfakkan.


Ahli Majlis MBPP meraikan salah seorang penerima bakul makanan sempena Ramadan Al-Mubarak.

Warga kerja pembersihan MBPP tetap diberi perhatian dan tidak dilupakan.

Adalah diyakini dengan sumbangan sebegini ia bukan saja mampu meraih ganjaran pahala sebaliknya meringankan beban golongan terbabit apalagi dalam bulan Ramadan Al-Mubarak.


Antara mereka yang turut disantuni dan diraikan ceria bersama keperluan asas yang dierima.

Sementara itu, sempena Ramadan Al-Mubarak bukan sahaja yang dewasa memenuhi ruang solat tetapi juga si kecil yang ingin turut sama mengimarahkan surau dan masjid dengan solat sunat tarawih.

Dengan penuh khusyuk rukuk dan sujud disempurnakan dengan tertib di Surau As-Salam, Taman Pertam Jaya, Melaka.


Hari pertama tarawih seringkali surau dan masjid dipenuhi semua peringkat umur.

Amalan ini sudah sepatutnya menjadi teladan apabila si kecil diasuh dan diajar untuk sama-sama mengerjakan solat sunat tarawih walaupun ia hanya setahun sekali.

Secara tidak langsung amalan ini akan menjadi sebati dan ikutan sehinggalah ia membentuk peribadi si kecil setelah remaja kelak. - KitaReporters


Si kecil juga tidak mahu ketinggalan merebut ganjaran kehadiran Ramadan Al-Mubarak.

Ceria dan bersemangat berdoa bersama makmum yang lain pada malam pertama solat tarawih.

16
14
0
10
0
You will be interested