Insan & Komuniti 08 Sep, 2025

Projek Umrah Asnaf! Bila bersatu hati, rezeki asnaf jadi realiti! Usaha Barakah warga pendidikan!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Pertubuhan Kebajikan Warga Pendidikan Malaysia (Barakah Malaysia) dengan sokongan KitaReporters, sebagai rakan strategik media, berjaya menghantar seorang asnaf ke Tanah Suci melalui Projek Umrah Asnaf 2025 yang digerakkan oleh 18 sahabat penyumbang.


 

Masjid Tengku Sarafudin Badlishah, Kampung Bukit Nambua, Kuala Nerang.


Cikgu Lukman Moidin (kiri) bersama Mohd. Idzhar Zakaria (tengah) dan Zainol Md Said, penerima pertama manfaat Projek Umrah Asnaf 2025 di Kuala Nerang.

Individu bertuah itu ialah Zainol Md Said, 60, bapa tunggal kepada dua anak dari Kampung Hijrah, Kuala Nerang. 

Pemilihannya dibuat dengan kerjasama Mohd. Idzhar Zakaria, yang merupakan Imam Masjid Tengku Sarafudin Badlishah, Kampung Bukit Nambua, Kuala Nerang, bagi memastikan penerima benar-benar layak dan menepati kriteria asnaf.


Zainol Md Said.

Projek ini pada awalnya menyasarkan kutipan RM6,000, namun hasil sokongan melebihi RM7,000 berjaya dikumpulkan, sekali gus menampung kos penuh seorang jemaah.

“Alhamdulillah, apabila kita bersatu hati dan bekerjasama, satu impian besar dapat direalisasikan,” kata Cikgu Lukman Moidin, Pengerusi Barakah.


Bersyukur dapat menunaikan umrah.

Sementara itu Zainol yang berada di Tanah Suci menzahirkan rasa syukur. “Saya tidak sangka akan diberi peluang sebegini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa semua yang membantu,” ujar beliau.

Program ini dijangka menjadi agenda tahunan Barakah dengan sokongan KitaReporters sebagai rakan media, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai asnaf menikmati pengalaman berharga menunaikan ibadah di Tanah Suci. - KitaReporters


Cikgu Lukman (kiri) bersama Zainol Md Said, penerima pertama program umrah asnaf anjuran Barakah.

9
7
0
7
0
You will be interested